Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati apabila mengambil sesuatu produk. Memilih
produk berlabel halal MUI adalah perkara paling mudah dan terbaik yang boleh kita lakukan
untuk memilih apa yang akan kita makan.
Selain itu, kita juga boleh melihat senarai bahan pada bungkusan atau bertanya kepada
pemilik restoran atau chef berkenaan bahan-bahan dan cara pembuatan produk tersebut.
Berikut adalah ringkasan daripada pelbagai sumber berkenaan pelbagai istilah daging babi
dalam komposisi produk daripada pelbagai bahasa.
1. Pig: seekor babi muda, berat kurang dari 50kg.
2. Pork: daging babi dalam masakan.
3. Swine: istilah untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.
4. Hog: babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Boar: babi liar/babi hutan
6. Lard: lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun.
7. Bacon: daging haiwan yang dihiris, terutamanya daging babi.
8. Ham: daging pada bagian paha babi.
9. Sow: babi betina dewasa.
10. Sow milk: susu babi
11. Porcine: sesuatu yang berkaitan dengan atau berasal daripada daging babi, sering
dijumpai dalam ubat-ubatan.
12. Bak: daging babi dalam Bahasa Tiongkok.
13. Char Siu: daging babi panggang (barbeque).
14. Cu Nyuk: daging babi dalam Bahasa Khek/Hakka.
15. Zhu Rou: daging babi dalam Bahasa Mandarin.
16. Dwaeji: daging babi dalam Bahasa Korea.
17. Tonkatsu: Potongan daging babi dalam masakan Jepun.
18. Tonkotsu: ramen dengan daging babi.
19. Yakibuta: babi panggang dalam Bahasa Jepun.
20. Nuraniku: daging babi dalam Bahasa Jepun.
21. Nibuta: hidangan bahu babi di Jepun.
22. B2: nama untuk makanan yang diperbuat daripada daging babi di Indonesia.
23. Khinzir: babi dalam Bahasa Arab dan Melayu.
24. Kakuni: hidangan perut babi rebus dalam masakan Jepun.
SUMBER : https://halalmui.org/kenali-istilah-babi-dalam-komposisi-produk-2/ (MUI)