5 PUNCA SIJIL HALAL DI TARIK BALIK (KESALAHAN SYARIAH)

Ini merupakan 5 Punca Sijil Halal di Tarik Balik (Kesalahan Syariah)

  1. Ketidakakuran berkaitan pengesahan status tidak halal terhadap sesuatu bahan mentah atau ramuan, produk, menu, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang berkaitan oleh pihak berkuasa berwibawa dan/atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
  2. Ketidakakuran berkaitan penggunaan, pengendalian, penyimpanan, dan percampuran bahan tidak halal meliputi bahan mentah, produk, menu, perkhidmatan, premis, peralatan, dan perkakasan, produk dagangan (trading product) dan lain-lain.
  3. Ketidakakuran berkaitan membawa masuk makanan dan minuman termasuklah bahan mentah. produk dan lain-lain yang tidak halal ke premis yang dipersijilkan halal.
  4. Ketidakakuran berkaitan pengendalian proses pelalian (stunning) yang menyebabkan kematian kepada haiwan atau hilangya hayah al-mustaqirrah; dan
  5. Ketidakakuran berkaitan memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak mati dengan sempurna sebagai produk yang dipersijilkan halal.

Jadi anda dah tahu, jangan cuba-cuba untuk langgar sesekali pun. Pihak berkuasa bila-bila masa boleh buat spot check company anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Humaira Global Management & Services and while we endeavour to keep the content as up to date and accurate as possible, we make no warranties of any kind about the completeness or reliability of the information provided. When you visit or interact with our website, services, applications, tools, or messaging platforms, we and our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies to store information — helping to provide you with a better, faster, and safer browsing experience, including for analytical and advertising purposes.
    © 2022-2025 Humaira Global PLT . All rights reserved.