Site visit premis yang dalam proses nak mohon Halal Jakim bagi restoran mereka. Sebelum dokumen di hantar kepada JAIN, kami akan audit dulu premis dan dokumen untuk pastikan segala keperluan adalah mengikut prosedur yang sepatutnya. Paling penting bahan mentah yang digunakan semua mempunyai sijil Halal yang sah.
Kena pastikan menu yang disediakan di premis semua di daftarkan dalam sistem my e-Halal Jakim. Dan juga perlu pastikan keadaan premis kawasan dapur terutamanya dalamn keadaan baik, bersih dan tersusun.
Semua pekerja juga perlu hadir kursus latihan pengendali makanan dan kursus latihan kesedaran halal.
Alhamdulillah, pihak syarikat dah berikan komitmen yang sangat baik. Mudah sangat berusan dengan mereka berdua ni. Kerja pun jadi mudah.