Halal Coaching Activity

BK 3

BK FOODS GLOBAL

𝐁𝐊 𝐅𝐨𝐨𝐝𝐬 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 | 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑

Alhamdulillah,  syarikat ini telah melakukan permohonan skim premis makanan di bawah kategori Central Kitchen (Dapur Berpusat) bagi restoran Bruh Kitchen di negeri Melaka.  Tempoh Konsultasi dari Mac 2023 hingga Julai 2023. Mereka lulus permohonan pada September 2023.

#halalcoaching #kilangrepackbahanmentah #bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #halalservices #consultanthalal #permohonanhalaljakim #foodlover #makananviralhalal #halaljakim

GT1

GULAME TRADING

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐆𝐔𝐋𝐀𝐌𝐄 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆 | 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟑

Syukur alhamdulillah, Gulame Trading sudah pun berstatus Halal JAKIM pada Disember 2023. Syarikat ini merupakan kilang pembuatan atau pemprosesan bagi gula melaka di bawah jenama BaNya. Kilang ini melakukan permohonan Halal di bawah skim Produk Makanan. 

#halalcoaching #kilangrepackbahanmentah #bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #halalservices #consultanthalal #permohonanhalaljakim #foodlover #makananviralhalal #halaljakim

PERKESO (2)

PUSAT REHABILITASI PERKESO SDN. BHD.

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. | 𝐎𝐊𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟒

Bimbingan Pensijilan Halal Skim Khidmat Sajian Makanan

Alhamdulillah, berjaya menyiapkan sesi coaching permohonan Halal bagi kategori Khidmat Penyajian Makanan PERKESO. Team Halal Pusat Rehabilitasi PERKESO(Melaka)telah bekerja keras untuk memastikan bahawa makanan yang disediakan kepada pelanggan yang mendapat rawatan di sana adalah yang telah dipersijilkan Halal oleh Jakim.

Dalam sesi coaching Halal, kami telah memberikan pendedahan yang komprehensif mengenai tatacara permohonan sijil Halal, penyediaan sistem kawalan Halal serta garis panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan menu yang disediakan oleh mereka mempunyai status Halal yang sah.

Sesi coaching ini dapat memberikan panduan yang praktikal kepada team Halal Pusat Rehabilitasi Perkeso untuk terus mengawal aspek Halal di premis.

Tahniah kerana berjaya mendapat kelulusan pensijilan Halal bagi pusat penyajian makanan mereka.

#halalcoaching #kilangrepackbahanmentah #bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #halalservices #consultanthalal #permohonanhalaljakim #foodlover #makananviralhalal #halaljakim

TORII BRANDS SDN BHD

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐎𝐑𝐈𝐈 𝐁𝐑𝐀𝐍𝐃𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 | 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐉𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Alhamdulillah akhirnya team Humaira Global berjaya membimbing syarikat untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi Skim Premis Berangkai.
 
Proses bimbingan ini memakan masa beberapa bulan untuk disiapkan. Antara proses yang paling kritikal adalah untuk menukar bahan ramuan kepada certified Halal, ada logo Halal.
 
Komitment yang sangat baik daripada Halal Eksekutif dan juga pengurusan syarikat juga banyak membantu dapat proses bimbingan ini.
 
s1

MD IZZAT ENTERPRISE

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐃 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄 | 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟒

Alhamdulillah akhirnya team Humaira Global berjaya membimbing syarikat untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi Skim Premis Makanan.
 
Proses bimbingan ini memakan masa beberapa bulan untuk disiapkan. Restoran Izzat Steamboat & Grill ini bertempat di Teluk Intan, Perak. 
 
Komitment yang sangat baik daripada Halal Eksekutif dan juga pengurusan syarikat juga banyak membantu dapat proses bimbingan ini.
 

BIOFITRAH (M) SDN BHD

𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐎𝐅𝐈𝐓𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 | 𝟏 𝐌𝐀𝐑𝐂𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒

Produk sabun berstatus Halal semakin mendapat permintaan pelanggan telah mendorong syarikat Biofitrah untuk memulakan langkah permohonan Halal Jakim bagi produk keluaran mereka.

Tahniah buat team Halal syarikat Biofitrah (M) Sdn Bhd atas kesungguhan mereka dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi produk sabun basuh pakaian, pelembut pakaian dan pewangi pakaian jenama Biofitrah.

Bimbingan permohonan Halal daripada pembimbing Humaira Global termasuk lah dari segi khidmat nasihat struktur dan faciliti kilang supaya menepati keperluan pensijilan Halal Jakim, penyediaan dokumen yang perlu serta kursus latihan kesedaran Halal.

Kami amat berterima kasih kerana Haji Aman memberi maklum balas yang positif ketika kami membimbing beliau mendapatkan sijil halal untuk produk pencuci. Semoga Haji Aman dipermudahkan segala urusan

#bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #permohonanhalaljakim #halalservices #produkpencuci #halaljakim #biofitrahmalaysia

WhatsApp Image 2024-04-22 at 11.32.10 AM

KILANG REPACK BAHAN MENTAH

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝘙𝘌𝘗𝘈𝘊𝘒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐇 | 𝟐𝟔-𝟐𝟕 𝐌𝐀𝐑𝐂𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒

Alhamdulillah, pada 26 dan 27 March pihak Humaira Global Management & Services PLT telah melakukan audit susulan selepas syarikat melakukan pembetulan bagi ketidakakuran yang dijumpai pada audit lampangan pertama.

Pihak Humaira juga telah melakukan audit dokumentasi iaitu menyemak dokumen yang diperlukan bagi permohonan Halal dan dokumen yang perlu syarikat sediakan dan juga disimpan. Kami juga meneliti bahan-bahan produk yang digunakan.

Terima kasih pihak kilang 𝘳𝘦𝘱𝘢𝘤𝘬 bahan-bahan kek kerana bekerjasama dengan Pihak Humaira Global Management & Services PLT. Semoga perjalanan untuk memohon Halal dipermudahkan.

#halalcoaching #kilangrepackbahanmentah #bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #halalservices #consultanthalal #permohonanhalaljakim #foodlover #makananviralhalal #halaljakim

RESTORAN WESTERN

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 |𝟐𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒

Client dalam proses untuk mohon Halal bagi restoren mereka. Jadi kali ni team Halal Coach Humaira Global Management & Services datang untuk buat site visit dan Halal inspection untuk tengok progress mereka.

Dalam proses Halal coaching ni, Halal Coach akan datang beberapa kali ke premis untuk diskus dengan penyelia Halal mereka dari segi documentasi permohonan Halal.

Dalam proses Halal coaching, komitmen syarikat sangat lah penting supaya kami dapat guide mereka sebaiknya sehingga mereka berjaya lulus pensijilan Halal Jakim.

#halalcoaching #kilangrepackbahanmentah #bimbinganhalal #kesedaranhalal #sijilhalal #kursuskesedaranhalal #permohonansijilhalalmalaysia #halalservices #consultanthalal #permohonanhalaljakim #foodlover #makananviralhalal #halaljakim

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?