FOOD TRACEABILITY TRAINING
Pernah tak terfikir kalau berlakunya isu Halal atau isu keselamatan makanan yang melibatkan produk jenama syarikat kita, jika berlaku di hotel dan restoran kita, apa tindakan yang perlu kita buat segera?
Bagaimana untuk kita mengesan punca berlakunya isu ini? Bagaimana untuk kita panggil balik (product recall) produk telah tercemar? Bagaimana untuk kita tangani isu ini kepada pelanggan kita?
Dalam manual Halal dan juga manual keselamatan makanan, SOP Traceability/Kebolehkesanan adalah antara elemen yang sangat penting.
Mungkin ada dikalangan antara kita yang pernah dengar tapi tak pernah terlibat dalam program traceability di lapangan. Terumanya kepada industri mikro dan IKS, kalau merujuk kepada manual Halal IHCS, ada SOP kebolehkesanan, tapi bila di tanya tetang apa itu kebolehkesanan masih ramai yang kurang pasti dan kurang jelas apa itu sistem keblehkesanan.
Jadi saya berbincang dengan team saya untuk menganjurkkan program khas untuk kita fokus kepada aktiviti kebolehkesanan dan recall (panggil balik bagi indutri F&B. Kami jemput tenaga pengajar yang mahir berkenaan keperluan bagi kebolehkesanan dan prosedur recall (panggil balik) produk.
Dalam program Food Traceblitiy ini, anda akan belajar secara teori dan juga praktikal dengan bagaimana untuk menangani isu Halal dan keselamatan makanan produk kita.
Jadi ambil peluang ini untuk ada belajar lebih lanjut tentang SOP Kebolehkesanan dan SOP recall produk.