DILARANG MENGGUNAKAN LOGO HALAL TIDAK SAH DAN TELAH TAMAT TEMPOH

Baru-baru terdapat satu isu berkaitan tentang terdapat satu produk di mana logo Halal pada pembungkusan produk tersebut telah di tutup dengan sticker.

Kenapa hal ini berlaku?

Untuk makluman, jika sijil Halal pagi produk tersebut telah tamat tempoh sewaktu proses pengeluaran produk maka syarikat TIDAK BOLEH MEMPAMERKAN logo Halal pada pembungkusan sedia ada, jadi tindakan yang perlu di buat adalah perlu menutup logo Halal pada pembungkusan produk tersebut sehingga syarikat tersebut berjaya mendapatkan sijil Halal yang terbaru (pembaharuan)

Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal 2020 (MPPHM), rujuk  klausa 41(1) Syarat penggunaan logo Halal, ‘Logo Halal Malaysia hendaklah digunakan oleh pemegang SPHM yang masih sah tempoh dan mendapat kebenaran pihak berkuasa berwibawa’

Terdapat juga syarikat yang telah melakukan kesalahan Halal yang menyebabkan sijil Halal syarikat mereka TELAH DIGANTUNG atau SIJIL HALAL DITARIK BALIK (PENARIKAN BALIK), maka mereka TIDAK BOLEH MEMPAMERKAN logo Halal atau sebarang ungkapan dan label Halal dalam tempoh penggantungan berkuatkuasa.(rujuk mpphm2020 Klausa 33(5)(6)

Seterusnya, Sijil Pengesahan Halal Malaysia akan TERBATAL  sekiranya syarikat tersebut telah TIDAK BEROPERASI  di lokasi yang dinyatakan dalam sijil Halal tersebut. Jadi jika syarikat telah beroperasi di lokasi baru, mereka perlu membuat permohonan Halal yang baru menggunakan alamat lokasi baru.

Dalam tempoh permohonan Halal di lokasi baru, syarikat DILARANG MEMPAMERKAN LOGO HALAL atau ungkapan Halal dan label Halal.

Merujuk kepada AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 (APD 2011) Perakuan dan penamdaan Halal 2011, menggunakan dan mempamerkan sijil Halal tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan. Jika di sabit kesalahan boleh didenda sehinga R 100000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala hukuman pagi satu pertubuhan perbadanan ialah dendan sehingga RM 250000.

Manakala di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal 2011), menggunakan apa-apa petunjuk makanan tersebut boleh dimakan oleh orang muslim merupakan satu kesalahan. JIka disabit kesalahan boleh dikenakan dendan sehingga RM 1 juta atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingg 5 juta.

Layari laman web Humaira Global www.humairaglobal.com  untuk info tentang pensijilan Halal Malaysia dan kursus-kursus berkaitan.

#logoHalal #pensijilanHalalJAKIM #bimbinganpensijilanhalal

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?