Perhidmatan Latihan dan Bimbingan

Servis Yang Ditawarkan

Memfokuskan kepada aktiviti seminar, khidmat rundingan, pembangunan usahawan dan seumpamanya dalam industri makanan di Malaysia. Matlamat HGMS adalah untuk melahirkan professional dan pekerja industri yang kompeten khususnya dalam bidang industri Halal.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Latihan & Kursus

Industri makanan menetapkan standard yang tinggi dan peraturan yang ketat bagi menjamin kualiti dan keselamatan sesuatu produk, selain mengurangkan risiko kepada pengguna bahkan meningkatkan kecekapan proses. Kami menyediakan pelbagai jenis latihan dan kursus yang berkaitan Keselamatan Makanan, Halal, bengkel berkumpulan, seminar dan kursus untuk organisasi.

Khidmat Bimbingan dan Konsultansi

Khidmat konsultasi kepada sektor industri makanan dalam usaha membangunkan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan. Kami
meyediakan penyelesaian terbaik yang mematuhi piawaian pihak
berautoriti tempatan dan antarabangsa dalammenjamin
keselamatan dan kualiti makanan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran produk dan perniagaan. Antara Sistem Jaminan
Keselamatan Makanan tersebut adalah :

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Pensijilan Halal
  2. Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI)
  3. GMP (Good Manufacturing Practice)
  4. HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Point)
  5. Kursus Pengendalian Makanan
  6. Pensijilan ISO 9001
  7. Pensijilan ISO 22000
  8. Pensijilan FSSC 2200
  9. Pengkelasan Produk
  10. Pendaftaran Produk NOT

Audit Dalaman Halal dan Keselamantan Makanan

Memberi Khidmat Audit Dalaman beserta laporan rasmi bagi industri makanan. Penilaian kepada Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan dan Proses Kawalan sedia ada beserta cadangan penambahbaikan.

Rekabentuk & Pengubahsuaian Premis

Khidmat nasihat professional mengenai keperluan susun atur dan rekabentuk kilang (plant layout), kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian kilang makanan mematuhi spesifikasi dan standard pihak berkuasa yang berkaitan dengan Akta Makanan 1983, Peraturan
Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Malaysia Standard dan Garis Panduan GMP/HACCP.

Khidmat Nasihat Keselamatan makanan

Kami boleh membantu syarikat dengan menawarkan perundingan keseluruhan dan nasihat bagi pematuhan Perundangan Makanan untuk memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan (teori dan latihan praktikal secara professional).

HGMS Tour

Program jelajah ke agensi-agensi berkaitan usahawan dan para peniaga dengan fokus kepada “Keutamaan Penyediaan Makanan Halal dan Selamat”  kepada para peniaga makanan minuman yang  terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan dunia keusahawanan. HGMS komited dalam memberikan kesedaran dan maklumat kepada masyarakat.

Peluang Kerjaya

Rentetan daripada HGMS Tour, kami turut mengambil pelajar latihan industri untuk mendedahkan mereka kepada beberapa jenis industri makanan, kepelbagaian bidang kerjaya berkaitan yang menerapkan komunikasi, pemasaran, pembinaan dokumentasi dan memberi khidmat nasihat berkaitan pensijilan makanan

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?