Tentang Kami

Rakan Strategik JAKIM

HGMS telah diiktiraf oleh pihak JAKIM selaku Rakan Strategik di bawah MIHA (Malaysia International Halal Academy)

Diiktiraf KKM

HGMS telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Sekolah Latihan Pengendali Makanan

Konsultan & Trainer

HGMS telah dilantik oleh pihak MARA selaku Konsultant dan Penyedia Latihan (Training Provider) yang diiktiraf oleh HRD Corp

Humaira Global Management & Services

Pengenalan

Humaira Global Management & Services adalah sebuah syarikat (mula beroperasi pada 2019 ) yang memfokuskan kepada aktiviti seminar, khidmat rundingan, pembangunan usahawan dan seumpamanya dalam industri makanan di Malaysia. 

Matlamat HGMS adalah untuk melahirkan professional dan pekerja industri  yang kompeten khususnya dalam bidang industri makanan. Justeru HGMS diasaskan atas kesedaran bahawa semua peringkat rantaian yang terlibat dengan industri makanan di Malaysia perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion atau bidang pekerjaan. Dengan ini, lahirnya pekerja yang lebih mahir, cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab seraya dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan syarikat.

Selain itu, HGMS turut membantu dalam memberi khidmat nasihat berkaitan asas perniagaan. Pihak HGMS mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berautoriti seperti JAKIM, MARA, Melaka Halal Hub dan lain-lain. Dengan peluang yang ada ini, HGMS mengatur rancangan kerjasama yang baik dalam memberikan impak yang positif kepada perniagaan usahawan. Dengan kepakaran yang ada, pensijilan bukan sahaja terhenti setakat itu sahaja, bahkan mampu memacu perniagaan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Sekiranya anda serius, ikhlas dan komited untuk mengaplikasikan Halal dan Keselamatan Makanan, Humaira Global bersedia membantu dan memastikan bahawasanya kami akan memberikan khidmat terbaik berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan

TETAPI

Sekiranya anda cuma ingin mendapatkan pensijilan semata-mata, tetapi tidak ikhlas dan komited untuk mengaplikasikan Halal dan Keselamatan Makanan, kami bukanlah yang anda cari. Kami sesekali tidak akan mengorbankan prinsip dan nilai integriti yang telah diamanahkan kepada kami.

Rakan Strategik(RS) JAKIM, berdaftar di bawah MIHA

HGMS telah diiktiraf oleh pihak JAKIM selaku Rakan Strategik di bawah MIHA (Malaysia International Halal Academy)

Dengan ini, HGMS bertanggungjawab bagi membimbing dan menyediakan latihan Halal kepada  syarikat yang ingin mendapatkan pensjilan Halal mahupun syarikat yang telah mempunyai pensijilan Halal.

Rakan Strategik JAKIM dan Diiktiraf KKM

Diiktiraf Kementrian Kesihatan Malaysia

HGMS telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Sekolah Latihan Pengendali Makanan.

Oleh itu, HGMS layak untuk mengajurkan Latihan Pengendali Makanan serta latihan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.

Rakan Strategik JAKIM dan Diiktiraf KKM

Penyedia Latihan Dibawah HRDF

HGMS adalah Penyedia Latihan (Training Provider) yang diiktiraf oleh HRD Corp.

Rakan Strategik JAKIM dan Diiktiraf KKM

Konsultan hALAL Berdatar MARA

HGMS juga telah dilantik oleh pihak MARA selaku Konsultant bagi membantu usahawan untuk mendapatkan mensijilan Halal JAKIM.  Pakar Runding Halal kami akan membimbing usahawan bermula daripada proses awal pensijilan Halal sehingga usahawan berjaya mendapatkan kelulusan Halal JAKIM.

Perkhidmatan Bimbingan dan Latihan Bagi Pensijilan

Barisan Tenaga Pengajar & Konsultan Yang Berpengalaman

Pengarah HGMS
Pengurus Operasi
Konsultan
Eksekutif Pembangunan Perniagaan
Konsultan & Tenaga Pengajar

Adakah Anda Bersedia Untuk

Ke Arah Pensijilan & Perniagaan Yang Lebih Diyakini

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?