ππππππππ πππππππππππ πππ π ππ ππππππππ
Larangan Promosi Ungkapan Mengeliru & Memperdaya Bagi Syarikat / Individu / Dapur Hotel / Premis Makanan.
Bagi syarikat / individu yang TIDAKmemiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), anda tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan berkenaan dalam iklan/hebahan yang boleh mengelirukan pengguna termasuk:-
–Β Makanan orang Islam
-Buffet Ramadan
-Iftar Ramadan
-Jom sahur
-Jom iftar
-Set Ramadan
-Muslim Friendly
-Selera Rasa Ramadan
-Selamat Berbuka Puasa
-Ramuan diperbuat daripada kilang yang dipersijilkan halal
Atau mana-mana ungkapan lain yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam.
Sekiranya Sabit Kesalahan, maksimum denda hingga RM500, 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) berdasarkan Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan & Penandaan Halal) 2011.
Anda juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta dibawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
Anda ragu dengan status Halal premis atau restoran? Layari https://www.halal.gov.my