LARANGAN UNGKAPAN HALAL BILA TIADA SIJIL HALAL YANG SAH

Sijil Pengesahan dan Logo Halal tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukarmilik, dipalsukan, disalahgunakan atau dipinda dengan apa caranya sekalipun.

Hanya pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa JAKIM, MAIN, atau JAIN dan masih tempoh sah sahaja yang dibenarkan menggunakan logo Halal pada produk makanan dan barangan mereka.

SPHM perlu diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya ingkar, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Terdapat 2 seksyen di bawah Akta Perihal Dagangan 2011
1) Seksyen 28: Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
2) Seksyen 29: Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?