LARANGAN MASUK KE PREMIS “NO PORK, NO LARD”

LARANGAN MASUK KE PREMIS “NO PORK, NO LARD” 

APA ITU? Premis atau restoran tersebut tidak menghidangkan daging atau lemak babi. Secara umumnya, daging yang dihidangkan adalah berdasarkan makanan laut, daging lembu, ayam dan daging-daging yang diproses.

Meskipun premis milik bukan Islam itu tidak menghidangkan daging atau lemak babi dan juga arak tetapi itu tidak bermaksud makanan yang disediakan di restoran tersebut dijamin 100% halal.

Hal ini kerana, sebagai orang Islam, kita perlu mengetahui bahan masakan digunakan seperti ayam, daging, bahan-bahan masakan dan seumpamanya adalah halal termasuk kaedah penyembelihan atau alat-alat perkakas memasak juga adalah bersih dan tidak bernajis.

PERINGATAN!

Perbuatan meninggalkan daripada memakan di restoran yang tidak dapat dipastikan kehalalannya juga bertepatan dengan saranan agama untuk meninggalkan dan menjauhi perkara-perkara syubhah.

Bahkan meninggalkan perkara yang syubhah dan meragukan itu adalah lebih dituntut dalam Islam dan lebih menenangkan jiwa, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

دَعْ مَا يَريبُكَ إِلَى مَا لَا يَريبُكَ

Maksudnya: “Tinggalkanlah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan.”
Riwayat al-Tirmizi (2518)

SUMBER:
(1) #3130: Makan di Premis/Restiran Bukan Islam “No Pork No Lard” – Maktabah al Bakri

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?