CUKA ARAK BOLEH GUNA KE?

Cuka arak sama ada diperbuat daripada arak merah atau arak putih. Kebiasannya tukang masaknmenggumakan cuka untuk banyak tujuan seperti penjerukan, memerap daging, membuat sos dan sebagai bahan dalam pencuci mulut tertentu.

Cuka terjadi hasil daripada reputan minuman anggur(wain). Anggur melalui proses penapaian akan menjadi wain dan penapaian wain dengan asid asetik akan menghasilkan cuka. Dengan kata lain wine vinegar terhasil daripada penapaian asid wain segar. Apabila kandungan asid asetik menjadi tinggi, wain akan berbuah menjadi cuka

Proses penapaian asid asetik ialah proses biokimia di mana spesies Acetobacter mengoksidakan etanol kepada asid asetik. Dua genera bakteria asid asetik yang biasa digunakan di dalam penghasilan cuka ialah Acetobacter dan Glucunobacter. Untuk menukarkan wain kepada cuka wain dalam skala industri, wain akan dibenarkan berubah di dalam reaktor yang mengandungi strain bakteria asid asetik. Reaktor ini akan mempunyai sistem pengudaraan yang membenarkan pengedaran oksigen yang maksimum. Ini kerana oksigen amat diperlukan untuk bakteria mengoksidasikan etanol kepada asid.

Penghasilan cuka pada mulanya adalah melalui proses semula jadi penapaian wain atau arak dan ia juga merupakan kerja sampingan bagi pengusaha produk arak.

Bagaimanapun, melalui perkembangan zaman, proses penghasilan cuka telah menjadi semakin jelas dan diusahakan secara komersial dan ia telah menjadi pekerjaan yang induk yang berpisah daripada pekerjaan menghasilkan arak. Secara ringkas bagi penghasilan cuka proses pertama ialah membuat wain; kedua, menggunakan asid asetik untuk menapai wain tersebut, dan akhirnya menghasilkan cuka

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan cuka wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

SUMBER:

[1] Lihat https://www.britannica.com/dictionary/wine-vinegar. Diakses pada 25 Julai 2023.

[2] Lihat https://www.food.com/about/wine-vinegar-493. Diakses pada 25 Julai 2023.

[3] Lihat https://bolboreta.shop/blogs/news/white-wine-vinegar-vs-white-vinegar-what-s-the-difference#. Diakses pada 25 Julai 2023.

[4] Lihat Penggunaan Cuka Wain atau Wine Vinegar oleh Norliah binti Sajuri, Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/33929/Article_2.PDF. Diakses pada 26 Julai 2023.

[5] Syeikh al-Albani menilainya sebagai sahih dalam Sahih Abi Daud.

[6] Riwayat Muslim (1718)

[7] Lihat https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/hukum-wine-vinegar-cuka-wainmuzakarah-jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-/930179777032592/. Diakses pada 26 Julai 2023.

[8] Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16098 dan https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa/2006/726-hukum-wine-vinegar-cuka-wain. Diakses pada 26 Julai 2023.

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?