PERBEZAAN SIPUT BABI & ESCARGOT & SIPUT SEDUT.
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Manakala siput sedut pula atau nama saintifiknya Cerithidea obtuse adalah merupakan salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae.
Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem).
Hukum makan siput sedut Siput akuatik adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih kerana termasuk di dalam umum firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 96. Juga sabda Rasulullah SAW :
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Hukum makan siput babi
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)siput darat haram dimakan kerana ia termasuk dalam kategori Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya : “dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya. Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. Kesimpulannya
Kesimpulannya, semua siput akuatik seperti siput sedut adalah halal dimakan selagimana tidak memudaratkan manakala bagi siput daratan seperti siput babi dan escargot, dan lain-lain, haram sebagaimana jumhur ulama kerana ia dianggap sebagai jijik dan kotor serta tabiat manusia semulajadinya akan menjauhi perkara-perkara tersebut.
Sumber:
[1] Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi. Telah diakses pada 17 Mac 2020.
[2] Lihat Jurnal bertajuk Morfometric Variations and Long Weight Relationships Red Eye Snail (Cerithidea obtusa) oleh Kamaruddin Iwan Eddiwan et al. Department of Aquatic Resource Management, Aquatic Biology Laboratory, University of Riau, Riau, Indonesia. Lihat juga https://en.wikipedia.org/wiki/Cerithidea_obtusa#cite_note-WoRMS-1. Telah diakses pada 17 Mac 2020.