Cara Mendapatkan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Tujuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) mewajibkan setiap Pengendali Makanan untuk mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan ini adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang awam demi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna. Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk menaik taraf mutu dan kualiti makanan yang dijual di negara ini.



Proses Permohonan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Peserta yang berjaya lulus dan memperolehi sijil kursus pengendalian makanan ini boleh menggunakan sijil ini untuk seumur hidup dan terpakai di mana-mana sahaja kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia. Namun begitu, sijil kursus pengendalian makanan boleh terbatal jika pengendali makanan didapati membuat pelanggaran sebarang Akta atau Peraturan yang termaktub di dalam undang-undang sedia ada.

Daftar kursus Pengendali Makanan

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak Humaira Global Management & Services di talian 016-8319496.

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?