Bimbingan Pensijilan Halal Jakim

Mei 2023,

Sesi semakan dokumen pensijilan Halal JAKIM bagi usahawan di bawah program bimbingan pensijilan Halal. Semua usahawan akan dibimbing oleh Konsultan Halal yang bertauliah bagi memastikan segala keperluan pensijilan Halal dipatuhi oleh syarikat.

Usahawan ini memohon pensijilan Halal bagi produk perapan ayam dan daging. Produk ini diproses di premis(kilang) dan dihantar ke restoran mereka. Permohonan mereka di bawah kategori Skim Produk.

Usahawan boleh membuat permohonan Halal di bawah kategori Skim Premis (dapur berpusat) jika mereka mempunyai lebih daripada 3 cawangan restoran dan cawangan tersebut juga perlu membuat permohonan pensijilan Halal JAIKIM di bawah skim Premis (restoran).

Setiap usahawan akan dibimbing oleh Eksekutif Halal dan Konsultan Halal daripada Humaira Global. Pemohon akan dibimbing bermula daripada proses dokumentasi, khidmat nasihat susun atur premi, audit Halal dalaman serta kursus latihan Halal.

Kami akan membimbing usahawan sehingga mereka berjaya mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM.

Untuk maklumat lanjut tentang program bimbingan pensijilan Halal, layari laman web www.humairaglobal.com

#consultationhalal #halaljakim #sijilhalaljakim #kursushalal #caranakmohonhalaljakim

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?