Hukum Penggunaan L-Cysteine

Apa itu L-Cysteine?

Apabila melihat roti dan kek yang gebu serta berkilat, ditambah dengan aroma bau yang menyelerakan, akan mendorong individu untuk membeli dan menjamahnya. Namun, tahukah anda, terdapat bahan ramuan kritikal digunakan bagi membantu menambah keenakan roti dan kek tersebut? Bahan ramuan tersebut dikenali sebagai L-cysteine. Secara mudahnya, L-cysteine ini merupakan bahan aditif iaitu asid-amino-tidak-perlu dan merupakan bahan asas protein. Ia banyak digunakan dalam pemprosesan makanan terutama bagi membantu dalam melembutkan roti dengan mengurangkan masa mengadun doh dan menjadikan doh tidak mudah melekat. Bahan ramuan ini menjadi kritikal dalam penentuan status halal kerana ia boleh diperolehi daripada sumber yang tidak halal atau diragui status halalnya. Hal ini demikian kerana, pada suatu ketika dahulu, masyarakat pernah digemparkan dengan sumber L-cysteine daripada rambut manusia yang jauh lebih murah dan mengandungi 8% asid amino semulajadi cystein. Dalam sektor makanan halal berpandukan piawaian halal, ia HARAM digunakan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga L-cysteine yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber halal seperti telur, kacang soya dan bulu haiwan. Mengikut keputusan Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-90 telah memutuskan bahawa hukum penggunaan bulu haiwan yang halal dimakan sebagai bahan ramuan makanan adalah HARUS sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak. Konklusinya, dalam konteks mencari makanan halal, ia merupakan satu bentuk kewajiban kepada semua masyarakat Muslim. Selain daripada mendapat pengesahan halal daripada pihak berkuasa di Malaysia iaitu JAKIM/JAIN/MAIN dan Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf, masyarakat Muslim juga perlu prihatin dengan isu-isu semasa yang mendatang agar tubuh badan dilindungi daripada mengkonsumsi bahan-bahan yang dilarang mengikut hukum syarak.

Source: 

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : http://www.myhealth.gov.my/halalkah-ramuan-dalam-makanan-anda/
  2. Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM): https://www.islam.gov.my/en/berita/1276-info-umum-antara-bahan-ramuan-kritikal-halal-dalam-produk-kek
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?