Rennet Berasal Dari Perut Haiwan, HALAL Ke?

Keju merupakan satu bahan makanan yang terkenal di dalam masakan terutamanya yang berasal dari barat seperti Itali yang ianya kerap dijadikan sebagai bahan utama di dalam masakan spageti. Tambahan pula, ianya tidak terhad diletakkan kepada makanan barat tetapi ia juga boleh dihiris, diparut, atau dijadikan sebagai sos untuk dimakan bersama-sama seperti produk makanan yang telah menjadi trend di Malaysia iaitu ‘Pisang Goreng Cheese’. 

 

Terdapat pelbagai jenis keju yang berada di dalam pasaran seperti Cheddar, Mozzarella, Gouda, Blue Cheese, Parmesan dan banyak lagi. Setiap daripada jenis ini mempunyai ciri khas yang berbeza dalam memberikan aroma, rasa dan konsistensi pada makanan yang dihidang. 

 

Namun begitu, di dalam pembuatan keju ataupun cheese ini, ada sejenis enzim yang digunakan bagi membantu proses memisahkan susu menjadi bahagian pepejal dan cecair yang dikenali sebagai renet. Ia merupakan sekumpulan enzim yang diambil daripada perut anak haiwan seperti anak kambing, anak khinzir, atau anak lembu untuk menghasilkan keju yang kebanyakannya berada di pasaran. 

 

Mengenai hukum berkenaan dengan renet ini, pihak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengeluarkan pernyataan dimana enzim renet yang digunakan perlulah dipastikan ianya hanyalah diperolehi daripada binatang halal yang disembelih. Tambahan pula, pihak Muzakarah turut mengeluarkan hukum bagi penggunaan keju di dalam makanan adalah harus, selagi mana perkara yang dinyatakan sebelum ini diambil berat oleh pihak pengilang makanan dan yang berkaitan. 

 

Sumber: 

e-Sumber Maklumat Fatwa (Keju Sebagai Bahan Makanan)

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?