Apa itu Kod E dalam makanan?

APA ITU KOD E DALAM MAKANAN ?

KOD E

Nombor E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius. Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud ?

kod makanan? Atau? buku makanan?. Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.

PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF

  • E100 – E199 – Warna
  • E200 – E299 – Pengawet
  • E300 – E399 – Oksidan/ Fostat/ Antioksida/ PengawalAsid
  • E400 – E499 – Pemekat/ Pelembap/ Penstabil/ Emulsifier
  • E500 – E599 – Garam/ Regulator Asid/ Agen Penghalang Kerak
  • E600 – E699 – PenambahPerisa
  • E900 – E999 – Pemanis/ Bahan-bahan lain
  • E1000- E1999 – Bahan Kimia Tambahan

 

Sumber: 

  1. Kod – E: https://www.halal.gov.my/v4/images/brosur/ECODE.pdf
  2. Penjelasan kod E yang dikaitakn dengan Lemak Babi: https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/354-kenyataan-media-kp-jakim-berkenaan-penjelasan-kod-e-yang-dikaitkan-mengandungi-lemak-babi

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?