HUKUM MEMAKAN KETAM NIPAH DAN KETAM BATU

1.Ketam Nipah

Ketam nipah adalah sejenis ketam yang boleh hidup didarat dan di dalam air. Ketam Nipah adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada sejenis ketam lumpur, yang merupakan hidangan makanan laut yang popular di rantau ini. Istilah “Nipah” berasal daripada perkataan Melayu untuk pokok palma Nipah, di mana ketam ini sering dijumpai. Ketam biasanya disediakan dalam pelbagai cara, termasuk memanggang dan sebagainya. Mereka juga diternak dalam operasi akuakultur dan dijual secara langsung di pasaran. binatang ma’a (binatang yang hidup di dalam air), sama ada bahr (dalam laut) atau nahra (dalam sungai).

Sabda Rasulullah SAW: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُه

Maksudnya: Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).

Riwayat Imam al-Tirmidzi (68) dalam Sunan. Ada juga yang disebut sebagai barm? (yang boleh hidup di dalam air dan luar air). Contohnya buaya dan katak. Ulama Syafieyyah berpendapat hukum makannya haram. Pengharaman kerana terdapat racun. Contohnya ular dan kala jengking.

Firman Allah SWT: وَلََ تُلْقُوا بِأيَْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah, 2:195) Pengharaman kerana mustakhbithah ‘inda al-‘Arab (dilihat buruk memakannya dalam uruf Arab). Contohnya burung gagak dan tikus.

Kesimpulannya, ketam nipah adalah binatang yang boleh hidup dia dalam air dan diluar air tetapi ianya boleh hidup dalam jangka masa pendek. Disebabkan itu, hukum ketam adalah halal kerana mengambil kira ketam Nipah itu adalah binatang yang hidup di dalam air.

2. Ketam Batu Di Malaysia, Stone Crab (Myomenippe hardwickii) boleh ditemui di kawasan berbatu berhampiran kawasan air tawar terutamanya di negeri Terengganu dan Johor. Selain itu, terdapat juga ketam-ketam kecil yang disebut sebagai ketam batu (Cancer Irroratus) dan juga ketam Angin (Ocypode ceratophthalmus) yang hidup di persisiran pantai dan bermain di atas batu-batu tepi pantai.

Ketam-ketam ini berukuran kecil di antara 2.1 hingga 8.8 cm dan boleh hidup di dalam air dan juga daratan. Manakala haiwan yang hidup di dalam air dan juga daratan haram dimakan menurut pendapat fuqaha mazhab al-Syafi’i seperti mana ketam, katak, penyu dan buaya kerana hidup dua alam dan juga dikategorikan sebagai binatang yang jijik.

Imam al-Nawawi menyebut dalam karyanya Minhaj al-Talibin: وَمَا يَعِيشُ فِي بَ ر وَبَحْرٍّ: كَضِفْدَعٍّ وَسَرَطَانٍّ وَحَيَّةٍّ حَرَا م
Maksudnya: “Setiap sesuatu yang hidup di darat dan lautan seperti katak, ketam dan ulat air adalah haram”.

Namun berdasarkan pandangan sebahagian ulama mazhab Syafi’i dan ulama nusantara ulama nusantara, halal memakan ketam yang hanya hidup di dalam air dan tidak beracun seperti ketam Rajungan dan Ragi begitu juga ketam Batu spesis yang hidup di dalam air seperti Stone Crab dan Rock Crab serta ketam-ketam lain. Hal ini selari dengan pandangan yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam fatwanya yang menyatakan bahawa sesiapa yang ingin memakan ketam maka dibolehkan untuknya berpegang dengan pandangan Imam Malik dan Ahmad yang berpendapat halal makan segala hidupan air.

Manakala ketam Batu dan juga ketam Angin yang bermain di atas batu dan persisiran pantai di Malaysia yang hidup di air dan darat adalah haram dimakan kerana kehidupannya yang hidup dua alam.

SUMBER RUJUKAN :

  1. HALAL ATAU HARAM MAKAN KETAM BATU 
  2. HUKUM MAKAN KETAM NIPAH
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?