APA BEZA AIR NIRA DAN AIR TUAK???

AIR NIRA

Air Nira adalah cairan yang manis diperoleh dari putik bunga dari keluarga palma seperti nipah kelapa, kurma, nipah, abung dan sebagainya.

AIR TUAK (BERAS)
Tuak beras yang dihasilkan oleh masyarakat Dayak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Cara pembuatannya adalah dengan merendam beras dalam air di dalam tempayan. Proses ini dikenali sebagai tajau.

Mereka akan merendam selama dua minggu supaya beras tersebut menjadi tapai. Ada yang suka rendam lebih lama untuk rasa yang lebih enak. Minimun ini boleh memabukkan dan dihukumkan haram walaupun diminum dengan jumlah yang sedikit.

ISU AIR TUAK?

Isu air tuak perlu diperhalusi proses pembuatannya. Terdapat sedikit perbezaan dalam penghasilan air tuak mengikut negeri-negeri.

Air tuak (nira) di Kelantan dan Terengganu merujuk kepada air nira kelapa adalah diharuskan kerana alkohol yang terhasil adalah daripada proses semula jadi dan tidak bertujuan memabukkan.

Terdapat Air Nira yang manis boleh diproses menjadi minuman beralkohol. Proses ini sangat dikenali sebagai penapaian alkoholik daripada gula untuk menghasilkan alkohol dan karbon dioksida. Banyak minuman beralkohol dihasilkan daripada jus-jus tumbuhan termasuk nira kelapa, nira nipah, nira kurma dan nira rapia. Jika tujuan memabukkan maka Haram diminum.

Merujuk kepada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan Isu Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011, menyatakan bahawa :

(1)Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

(2)Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.

(3) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

(4) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.

(5)Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

Oleh itu, alkohol yang terhasil disebabkan proses yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak seperti budu, tapai dan lain-lain adalah tertakluk kepada peratusan yang dinyatakan di atas.

Sumber Rujukan:
[1] JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?