BEBOLA IKAN ADA PLASMA DARAH?

BEBOLA IKAN ADA PLASMA DARAH

PLASMA DARAH

Plasma ialah bahagian cecair darah. Kira-kira 55% daripada darah kita adalah plasma, dan baki 45% adalah sel darah merah, sel darah putih dan platelet yang terampai dalam plasma

Plasma darah adalah komponen cecair yang berwarna kekuningan dalam darah yang menampung sel-sel darah dalam bentuk ampaian. Plasma darah sebagai bahan tambahan dalam makanan. Contohnya, seperti sosej, puding, sup roti, dan biskut (Ofori & Hseih 2014).

Hukum Memakan Makanan yang Mengandungi Plasma Darah

Sebagaimana yang kita ketahui, darah merah yang mengalir dihukumkan sebagai najis dan haram untuk dimakan disebabkan oleh kenajisan darah tersebut. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah.”

(Surah al-Baqarah: 173)

Jawatankuasa  Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Hukum Plasma Darah dalam Makanan Menurut perspektif Islam dan memutuskan seperti berikut:

1) Penggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah haram secara ijmak.

2) Pengunaan Plasma darah dalam produk makanan dan  minuman semasa adalah HARAM.

Apabila manusia memakan makanan yang mengandungi plasma darah akan memberikan keburukan kepada kesihatan. Antaranya alahan kepada pengguna iaitu alahan terhadap daging. Selain itu ekzema  yang menjadikan kulit merah dan gatal ( Hsein 2014). Kita juga akan mengalami asma yang kritikal (Voltolmi 2013).

Sekiranya makan tersebut diberikan kepada haiwan, maka tularnya penyakit Brovine Sporgriform Encephalopathy (BSE) iaitu yang dikenali sebagai Penyakit Lembu Gila (Hseih 2012).

Sumber Rujukan:
[1] Hseih & Ofori 2011a. Blood derived products from human consumption. Relae lation and science.
[2] JAKIM 2006 Himpunan Kertas Kerja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2006. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?