BLOG HUKUM MEMAKAN DAGING CAPYBARA

 

Asal usul Capybara

Capybara (Hydrochoerus hydrochaeris) ialah rodensia yang paling besar daripada semua rodensia. Ia membesar sehingga panjangnya 1.2 meter dan beratnya mungkin melebihi 45kilogram. Ia tinggal di timur Panama dan di Amerika Selatan di timur pergunungan Andes. Capybara adalah satu-satunya spesies dari famili Hydrochoeridae dan ia dari kategori herbivor yang memakan makanan daripada tumbuhan dan menjadikan ia sebagai sumber nutrien untuk haiwan ini hidup. Rupanya mirip cavy dan tikus belanda (guinea pig) dari famili Caviidae.

Selain itu, capybara juga boleh berada di dalam air (menyelam) sehingga 5 minit dalam satu masa bagi bersembunyi daripada musuhnya. Badannya yang agak besar diliputi bulu-bulu kasar yang berwarna perang kemerahan atau kelabu di bahagian atasnya dan perang kekuningan di bahagian bawahnya. Kepala haiwan ini besar, muncungnya dempak dan ekornya pendek. Kaki belakangnya agak lebih panjang daripada kaki depannya. Kakinya mempunyai jari renang dan boleh berenang dengan baik. Capybara adalah makanan kegemaran jaguar, buaya dan manusia.

Para ulama silam telah membahaskan hukum memakan babi air (الماء خنزير (di dalam kitabkitab mereka. Namun, adakah babi air yang dimaksudkan mereka ini sama seperti babi air yang dikenali pada hari ini, iaitu capybara? Kamaluddin al-Damiri menukilkan di dalam kitabnya bahawa Malik pernah ditanya mengenainya dan mengatakan :

أنتم تسمونه خنزيرا يعني أن العرب لا تسميه بذلك لأنها لا تعرف في البحر خنزيرا والمشهور أنه الدلفين

Maksudnya : “Kalian telah menamakannya sebagai babi yakni sedangkan orang Arab tidak pun menamakannya demikian kerana tidak diketahui di dalam laut adanya babi. Dan yang masyhurnya ia dikenali sebagai dolphin (ikan lumba-lumba).”

Oleh itu, babi air yang dimaksudkan oleh ulama silam sebenarnya adalah salah satu hidupan air dan bukannya capybara yang dikenali sekarang kerana ia bukan hidupan air tetapi adalah hidupan darat. Justeru untuk meletakkan hukum capybara ini adalah bukan berdasarkan dalil ini.

Capybara adalah haiwan yang memudaratkan

Salah satu kajian telah membuktikan bahawa capybara adalah haiwan yang sangat berbahaya kerana terdapat parasit dan virus yang berbahaya. Sebagai contoh hemoparasite dan gut parasit (meyebabkan kanser usus atau penyakit usus kepada manusia), ia juga adalah ejen dan perumah kepada pathogen zoonosis, kutu amblyomma (penyebab kepada penyakit demam Brazil, leptospirosis), capybara boleh menjadi penyebab secara tidak langsung kepada pembawakan virus rabies, dan toxoplasma sp. Selain itu juga, capybara yang dijangkiti parasit tidak akan menunjukkan sebarang simtom atau tanda-tanda kesakitan. Parasit yang dibawa oleh capybara ini boleh berjangkit kepada haiwan lain terutamanya babi dan lembu.

Hukum Memakan daging Capybara
Berdasarkan dalil dan perbincangan tersebut, ia dapat disimpulkan bahawa capybara haram dimakan kerana memudaratkan pemakannya. Agama Islam selalu mengingatkan penganutnya agar menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan diri.

Sumber rujukan : https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umumcat/4403-irsyad-al-fatwa-siri-ke-479-hukum-memakan-daging-capybara-babi-ai

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?