PKS BOLEH MOHON MeSTI! APA ITU MeSTI?

PKS BOLEH MOHON MeSTI!
 
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
 
PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan.
 
Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
 
Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
 
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
 
APA ITU MeSTI?
 
Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan.
 
Permohonan MeSTI boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home
 
Manakala pemegang Sijil MeSTI boleh disemak di Akses Awam pada pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home
 
TERDAPAT 10 ELEMEN MeSTI
 
Antaranya:
1) Rekabentuk & Kemudahan
2) Pengendali Makanan
3) Latihan
4) Penyelenggaraan & Sanitasi
5) Kawalan Bahan Mentah
6) Kawalan Proses
7) Kawalan Pembungkusan
8) Kawalan Penyimpanan
9) Kawalan Pengangkutan & Pengedaran
10) Kawalan Kebolehkesanan
 
Sumber: https://hq.moh.gov.my/fsq/mesti
#fyp #bimbinganhalal #apaitumesti #mestimalaysia #kesedaranhalal #halalservices #consultanthalal #permohonansijilhalalmalaysia #foodlover #makananviralhalal #halaljakim #kursuskesedaranhalal #latihanpengendalimakanan #kursuslatihanpengendalimakanan #makananhalal
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?