5 MITOS & FAKTA TENTANG HALAL

Tak sangka masih ada yang fikir macam ni.
 
5 MITOS & FAKTA TENTANG HALAL
 
MITOS PERTAMA : Halal hanya berkaitan dengan Makanan
FAKTA: Halal merangkumi lebih daripada itu, ia melibatkan produk kosmetik, farmaseutikal, pakaian, dan juga perkhidmatan seperti kewangan dan pelancongan. Contohnya produk kosmetik yang ada pensijilan Halal seperti Ainaa Beauty dan Wardah. Sabun pencuci pakaian seperti Biofitrah.
 
MITOS KEDUA: Makanan Halal hanya untuk Muslim
FAKTA: Orang bukan Islam juga boleh makan makanan halal. Mengikut persekitaran orang bukan Islam lebih tertarik dengan produk Halal.
 
MITOS KETIGA: Makanan Halal kurang sedap.
FAKTA: Sebenarnya makanan halal tidak berbeza rasa dari makanan lain, ia hanya mematuhi syarat-syarat tertentu dalam penyediannya.
 
MITOS KEEMPAT: Semua produk dari negara Islam adalah Halal
FAKTA: Semua syarikar memerlukan Pensijilan Halal sama ada syarikat orang Islam atau bukan Islam.
 
MITOS KELIMA: Produk Halal & Organik perkara yang sama
FAKTA: Produk Halal & Organik adalah berbeza. Produk Halal merujuk kepatuhan terhadap syariah. Kalau produk organik merujuk kepada cara produk tersebut dihasilkan tanpa bahan kimia/ bahan sintetik. Organik merujuk sayur-sayuran yang ditanam tanpa penggunaan racun perosak sintetik atau baja kimia.
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?