Kami ada buat lawatan ke satu kilang proses untuk mohon Halal dan MESTI bagi produk daging salai nya. Apabila di teliti dari segi proses salai tu saya dapati proses salai di buat di luar kawasan premis/kilang yang nak mohon Halal JAKIM dan MESTI KKM.
Kami di maklumkan oleh mereka bahawa bagi proses salai bagi daging itu di buat di restoran kemudian akan membawa daging salai tersebut ke premis/kilang untuk proses pemotongan serta pembungkusan. Ini yang menjadi isu dari segi aspek kawalan Halal dan juga keselamatan makanan sebab restoran tersebut tidak di buat permohonan Halal Jakim dan daging salai yang keluar daripada restoran tersebut tiada pensijilan Halal Jakim.
Untuk permohonan Halal dan MESTI, proses salai tersebut perlu di buat di tempat yang sama untuk tujuan kawalan Halal dan keselamatan makanan. Permohonan Halal dan MESTI bagi produk daging salai tersebut tidak boleh di buat jika proses salai dan proses pembungkusan di buat di tempat yang berasingan kecuali premis yang menjalankan proses salai itu telah mendapat pensijilan Halal maka baru la premis bagi proses pemotongan dan pembungkusan boleh di buat permohonan Halal.
Humaira Global
#permohonanHalaljakim #permohonanMESTI #