PRODUK PENCUCI PAKAIAN HALAL

 

Produk pencuci pakaian pun boleh mohon Halal daripada JAKIM ke?

Ya, boleh. Permohonan Halal boleh di buat di bawah Skim Barang Gunaaan. Ini adalah salah satu kilang pencuci pakaian yang telah kami bimbing dan dah berjaya mendapat pensijilan Halal daripada Jakim. Alhamdulillah.

Proses permohonan jadi lebih mudah kerana pihak syarikat berikan komitment yang sangat baik. Penyelia Halal mereka sangat kompiten sepanjang proses bimbingan pensijilan Halal ini.

Bagi produk pencuci pakaian, antara dokumen yang diperlukan adalah laporan daripada agensi DOSH. Laporan ini akan disemak oleh auditor Halal ketika proses audit Halal JAIN. Mereka juga perlu mewujudkan kawalan keselamatan bagi risiko pengendalian bahan kimia (kawasan pembasuhan).

Bagi bahan mentah pula, ada bahan mentah yang berstatus Halal jadi kami lampirkan sekali salinan sijil Halal daripada badan pensijilan yang diiktiraf Jakim. Ada juga bahan mentah(bahan kimia) yang tiada sijil Halal, jadi kami lampirkan dokumen sokongan iaitu :

1- Carta alir bahan mentah tersebut
2- MSDS bahan mentah
3- Produk spesifikasi bahan mentah
4- Halal declaration (jika ada)

Bagi produk seperti bahan pencuci, antara titik kritikal Halal adalah penggunaan sumber yang tidak Halal iaitu daripada sumber haiwan(lemak haiwan) dan juga sumber alkohol(ethanol) daripada pemprosesan arak.

Disebabkan boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna maka produk seperi bahan pencuci ini layak untuk membuat permohonan Halal di bawah kategori Skim Bahan Gunaan.

Tahniah buat syarikat Biofitrah kerana berjaya mendapatkan pensijilan Halal bagi bahan pencuci pakaian dan pewangi.Anda boleh terus hubungi mereka ya!

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?