PEMBEDAHAN PLASTIK APA ITU?
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan.
TERDAPAT 2 JENIS PEMBEDAHAN KOSMETIK
1) REKONSTRUKSI
Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir, hipospadia, dan hemangioma. Selain itu, kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka daripada yang normal.
Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuuh darah dan Transeksual.
2) PEMBEDAHAN PLASTIK KOSMETIK
Facelift: Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu Facelift juga dapat menghilangkan kedutan pada wajah.
Rhinoplasty: Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keingininan individu. Selain itu, ia bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.
Liposuction: Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasilnya perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.
HUKUM PEBEDAHAN KOSMETIK
1. WAJIB- untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
2. HARUS-Menyempurna atau mengemblikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.
3. HARAM – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.
INGAT! Sekiranya pembedahan kosmetik seperti memancungkan hidung dengan tujuan menarik perhatian maka hukumnya adalah haram.