Ini merupakan 5 Punca Sijil Halal di Tarik Balik (Kesalahan Syariah)
- Ketidakakuran berkaitan pengesahan status tidak halal terhadap sesuatu bahan mentah atau ramuan, produk, menu, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang berkaitan oleh pihak berkuasa berwibawa dan/atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
- Ketidakakuran berkaitan penggunaan, pengendalian, penyimpanan, dan percampuran bahan tidak halal meliputi bahan mentah, produk, menu, perkhidmatan, premis, peralatan, dan perkakasan, produk dagangan (trading product) dan lain-lain.
- Ketidakakuran berkaitan membawa masuk makanan dan minuman termasuklah bahan mentah. produk dan lain-lain yang tidak halal ke premis yang dipersijilkan halal.
- Ketidakakuran berkaitan pengendalian proses pelalian (stunning) yang menyebabkan kematian kepada haiwan atau hilangya hayah al-mustaqirrah; dan
- Ketidakakuran berkaitan memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak mati dengan sempurna sebagai produk yang dipersijilkan halal.
Jadi anda dah tahu, jangan cuba-cuba untuk langgar sesekali pun. Pihak berkuasa bila-bila masa boleh buat spot check company anda.