BLOG HUKUM MEMAKAN DUBUK (HYENA)

BLOG HUKUM MEMAKAN DUBUK (HYENA)

Asal usul dubuk

Dubuk atau dikenali juga sebagai hyena ialah mamalia yang terkenal kerana lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang diserang hysteria. Kebanyakan Dubuk memburu haiwan sebagai makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai haiwan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Dubuk ialah sejenis binatang liar yang memakan bangkai.

Hukum memakan daging dubuk
Para ulama telah berbeza pandangan mengenai hukum memakan daging dubuk kepada dua pendapat. Ada ulama mengatakan bahawa dagingnya halal dimakan dan ada yang mengatakan bahawa ia haram dimakan.
Abu Hanifah menyatakan bahawa dubuk haram dimakan. Ini juga adalah merupakan pendapat Said bin al-Musayyib dan al-Thauri. Mereka berpendapat bahawa dubuk adalah merupakan haiwan yang memiliki taring dan Nabi SAW telah melarang kita untuk memakan setiap binatang buas yang memiliki taring. Selain itu, al-Zaila’ie al-Hanafi menyatakan di dalam kitabnya menyatakan bahawa dubuk adalah haiwan yang jijik disebabkan oleh cara pemakanannya yang memakan bangkai haiwan yang lain dan boleh menyebabkan dagingnyabau busuk dan jijik.

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya : “dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”

Manakala imam nawawi berpendapat bahawa daging dubuk boleh dimakan dan dijual beli. Imam syafie juga ada menyebut bahawa

 

وَلُحُومُ الضِّبَاعِ تُبَاعُ عِنْدَنَا بِمَكَّةَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لَا أَحْفَظُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِنَا خِلَافًا فِي إحْلَالِهَا

Maksudnya : “Daging-daging dubuk dijual antara Bukit Safa dan Marwah semasa kami di Makkah. Dan aku tidak ketahui seorang pun daripada kalangan ashab kami, yang khilaf dalam menghalalkannya” (Lihat al-Umm, 2/273)

 

قُلْتُ لِجَابِرٍ : الضَّبُعُ صَيْدٌ هِيَ؟ قَالَ : «نَعَمْ»، قَالَ : قُلْتُ : آكُلُهَا؟ قَالَ : «نَعَمْ»، قَالَ : قُلْتُ لَهُ : أَقَالَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ : «نَعَمْ»

Maksudnya : Aku pernah bertanya kepada Jabir : “Adakah dubuk termasuk haiwan buruan?” Dia menjawab : “Ya.” Aku bertanya lagi : “Bolehkah aku memakannya?” Dia menjawab : “Ya.” Aku bertanya lagi : “Apakah Rasulullah SAW pernah mengatakannya?” Dia menjawab : “Ya.” [HR al-Tirmizi (1791)]

Sebab pengharaman haiwan bertaring serta pengecualian dubuk

Syeikh Soleh al-Fauzan mengatakan bahawa tiada pertembungan antara dua hadis iaitu yang mengharuskan memakan dubuk dan yang mengharamkan semua haiwan bertaring, kerana hadis yang mengharamkan semua haiwan bertaring adalah umum manakala hadis yang mengharuskan memakan dubuk adalah khas. Maka, didahulukan hadis yang khusus berbanding umum. (Lihat al-At‘imah, hlm. 40)

Kesimpulan
Hukum makan daging dubuk adalah halal mengikut pendapat majoriti para ulama. Namun, dubuk yang dimaksudkan adalah daripada jenis yang bertaring tetapi mereka tidak memburu haiwan lain sebagai makanan utamanya.

• Sumber rujukan : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwaumum-cat/4006-irsyad-al-fatwa-ke-372-hukum-memakan-daging-dubuk-hyena

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Humaira Global Management & Services and while we endeavour to keep the content as up to date and accurate as possible, we make no warranties of any kind about the completeness or reliability of the information provided. When you visit or interact with our website, services, applications, tools, or messaging platforms, we and our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies to store information — helping to provide you with a better, faster, and safer browsing experience, including for analytical and advertising purposes.
    © 2022-2025 Humaira Global PLT . All rights reserved.