APA HUKUM MAKAN BEAVER & MEMERANG HUKUM MAKAN MEMERANG

APA HUKUM MAKAN BEAVER & MEMERANG HUKUM MAKAN MEMERANG

Memerang adalah merupakan haiwan yang haram untuk dimakan kerana ia adalah haiwan yang bertaring dan menggunakan taringnya bagi memburu haiwan lain sebagai makanan utamanya.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, memerang juga merupakan hidupan yang semakin pupus dan terancam. Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan kelangsungannya buat generasi akan datang (supaya dapat melihat dan mengenalinya).

Selain itu, memerang adalah merupakan hidupan liar yang dipelihara sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta 716. Malah, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakkan undang-undang serta hukuman.

HUKUM MAKAN BEAVER

Beaver harus dimakan dan mesti disembelih sebagaimana haiwan darat yang lain. Lebih-lebih lagi, beaver tergolong dalam kalangan haiwan herbivor yang hanya makan daun, kulit kayu, tumbuhan air dan lain-lain. Juga beaver sama sekali tidak akan makan daging.

Beaver juga bukanlah dari kalangan haiwan pemangsa yang menggunakan taringnya untuk memburu haiwan lain.

Selain itu juga, daging beaver telah dikenalpasti sebagai salah satu makanan yang selamat untuk dimakan. Juga makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan sumber protein, vitamin A dan zat besi.

#halalcoaching #halalmalaysia #halalawarenestraining #kursuskesedaranhalal #labellingtraining #sijilgmp #gmpkilang #sijilhalaljakim #sijilhaccp #sijilmesti #caranakmohonsijilhalal #kesedaranhalal #halalservices #consultanthalal #permohonansijilhalalmalaysia #foodlover #makananviralhalal #halaljakim #kursuskesedaranhalal #latihanpengendalimakanan #kursuslatihanpengendalimakanan #makananhalal #mesti #sijilmesti #logomesti

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Humaira Global Management & Services and while we endeavour to keep the content as up to date and accurate as possible, we make no warranties of any kind about the completeness or reliability of the information provided. When you visit or interact with our website, services, applications, tools, or messaging platforms, we and our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies to store information — helping to provide you with a better, faster, and safer browsing experience, including for analytical and advertising purposes.
    © 2022-2025 Humaira Global PLT . All rights reserved.