MeSTI / GMP/ HACCP ISO 2200 Training

TARIKH KURSUS TERKINI !!!

TAJUK KURSUS : GMP & HACCP AWARENESS

Tarikh : 27 July  2023

Masa : 9pagi – 5 petang

Yuran Kursus : RM 300 seorang 

Sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang hadir.

Pensijilan MeSTI

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.

Pensijilan GMP

Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem GMP di premis makanan.

FAEDAH

  • Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, dan lain-lain.
  • Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO. HACCP dan HALAL.
  • Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.
  • Memudahkan industri mendapat pengiktirafan dalam berurusan dengan agensi kewangan dalam urusan insentif atau bantuan kewangan.
  • Logo GMP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
  • Memastikan industri makanan mematuhi piawaian di peringkat domestik dan luar negara.

Pensijilan HACCP

Pengenalan

Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang  mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif  Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.

Faedah

  • Mendapat keutamaan dalam permohonan Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga (3) hari berbanding 19 hari bagi industri yang tidak mendapat pengiktirafan HACCP KKM.
  • Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
  • Salah satu keperluan dalam mendapatkan No.EU bagi tujuan pengeksportan ke EU.
  • Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain.
  • Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
  • Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.

Pensijilan ISO 22000

Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan – Keperluan untuk Organisasi dalam Rantaian Makanan (FSMS)

  • FSMS membantu anda menembusi pasaran domestik dan antarabangsa sambil mematuhi keperluan undang-undang dan keperluan lain
  • Dengan mematuhi sistem, anda melindungi perniagaan anda dan memberikan keyakinan kepada pelanggan, pembekal serta pihak berkepentingan bahawa anda menyedari dan mampu menguruskan bahaya keselamatan makanan dan juga melaksanakan kawalan yang cukup untuk mengurangkan atau menghapuskan bahaya tersebut
  • Perniagaan anda akan menjimatkan lebih banyak wang bagi insiden bahaya makanan kerana kos mencegah insiden bahaya makanan adalah lebih kecil berbanding kos mengendalikan dan mengambil tindakan pembetulan selepas bahaya berlaku
  • Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan, yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, akan menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan
  • Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan dalam menangani bahaya keselamatan makanan
  • Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing
  • Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan dan jaminan perniagaan

Perlukan Lahitan Secara In-House?

Hubungi kami untuk sebut harga.
Tempoh Latihan

Bergantung kepada kursus dan latihan

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?