Latihan Kompetensi Halal
Halal Competency Training

Pengenalan Kursus

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia MPPHM (Domestik) 2020 bahawa semua syarikat WAJIB memastikan Halal Competency Training / Latihan Kompetensi Halal dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali kepada Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee).

Latihan ini akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman dalam  meningkatkan keselamatan makanan & halal di dalam ekosistem pengeluaran produk makanan syarikat.

Para peserta akan didedahkan dengan Amalan Halal yang Baik di dalam membangunkan sistem pengurusan halal serta mengamalkan  Sistem Jaminan Halal dalam operasi harian di dalam organisasi.

Humaira Global dengan kerjasama syarikat penyedia latihan halal yang berdaftar di bawah Halal Professional Board menjalankan latihan ini secara aktif melalui pilihan berikut:

  • Latihan secara umum berjadual 
  • Latihan secara in-House Online
  • Latihan secara In-House Fizikal

Sijil Latihan Kompetensi Halal

Sijil yang diberikan adalah di iktiraf Halal JAKIM dan JAIN yang di keluarkan oleh syarikat penyedia latihan Halal yang telah berdaftar dengan Halal Professional Board (HPB)

Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Halal PLH yang diiktiraf oleh JAKIM dengan kerjasama Humaira Global Management & Services PLT.

 

Perlukan Lahitan Secara In-House?

Hubungi kami untuk sebut harga.

Kandungan Kursus

Peserta akan belajar tentang:

  • Prinsip Halal & Haram
  • Syarat Pematuhan Halal:
    • Malaysia Standard (MS)
    • MPPHM (Domestic) 2020
    • Malaysia Halal Management System (MHMS)
  • HAS
  • Undang-undang berkaitan halal
  • Amalan baik pengurusan halal dan kesalahan biasa yang dilakukan semasa pengurusan halal syarikat.

Hasil Pembelajaran

Peserta akan dapat:

  • Meningkatkan tahap pemahaman mengenai prinsip dan konsep halal.
  • Meingkatkan tahap pemahaman mengenai pematuhan dan keperluan Halal
  • Memahami dan mampu mengamalkan Sistem Pengurusan Jaminan Halal dengan jelas
  • Memahami dan mampu menerangkan amalan halal terbaik di premis / kawasan makanan.
  • Mampu melaksana dan meningkatkan kecekapan sistem jaminan halal syarikat
Tempoh Latihan

1 hari

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Sasaran Peserta:

  • Pengurus Operasi dan penyelia / Jawatankuasa Halal Dalaman / Eksekutif Halal/ QA&QC.

Soalan Lazim

Halal Competency Training merupakan latihan yang di wajibkan hadir oleh ahli Jawatankuasa Halal dalaman sesebuah organisasi yang di iktiraf Halal oleh JAKIM sekurang-kurangnya 3 (tiga) tahun sekali berdasarkan garis panduan MPPHM (Domestik) 2020.

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?