Humaira Global Management & Services
Pengenalan
Humaira Global Management & Services adalah sebuah syarikat (mula beroperasi pada 2019 ) yang memfokuskan kepada aktiviti seminar, khidmat rundingan, pembangunan usahawan dan seumpamanya dalam industri makanan di Malaysia.
Matlamat HGMS adalah untuk melahirkan professional dan pekerja industri yang kompeten khususnya dalam bidang industri makanan. Justeru HGMS diasaskan atas kesedaran bahawa semua peringkat rantaian yang terlibat dengan industri makanan di Malaysia perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion atau bidang pekerjaan. Dengan ini, lahirnya pekerja yang lebih mahir, cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab seraya dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan syarikat.
Selain itu, HGMS turut membantu dalam memberi khidmat nasihat berkaitan asas perniagaan. Pihak HGMS mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berautoriti seperti JAKIM, MARA, Melaka Halal Hub dan lain-lain. Dengan peluang yang ada ini, HGMS mengatur rancangan kerjasama yang baik dalam memberikan impak yang positif kepada perniagaan usahawan. Dengan kepakaran yang ada, pensijilan bukan sahaja terhenti setakat itu sahaja, bahkan mampu memacu perniagaan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
“Sekiranya anda serius, ikhlas dan komited untuk mengaplikasikan Halal dan Keselamatan Makanan, Humaira Global bersedia membantu dan memastikan bahawasanya kami akan memberikan khidmat terbaik berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan
TETAPI
Sekiranya anda cuma ingin mendapatkan pensijilan semata-mata, tetapi tidak ikhlas dan komited untuk mengaplikasikan Halal dan Keselamatan Makanan, kami bukanlah yang anda cari. Kami sesekali tidak akan mengorbankan prinsip dan nilai integriti yang telah diamanahkan kepada kami.“