Kursus Penyediaan Makanan Halal, Negeri Sembilan

Ahad, 28 Ogos 2022 – Kursus Kesedaran Halal Dapat Sambutan Menggalakkan di Dun Lenggeng

Seramai 52 orang peserta telah menyertai Kursus Penyediaan Makanan Halal yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Lenggeng dengan kerjasama Yayasan Al-Moqni Malaysia.

Program yang bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 tengahari telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Masyarakat Pantai di dalam kawasan Dun Lenggeng.

Kursus halal yang dibimbing oleh penceramah dari Humaira Global turut memupuk kesedaran kepada peserta dalam soal kepentingan makanan halal dan memperkasakan penyebaran ilmu kefahaman mengenai pengurusan Halal dan Haram dalam Islam.

Kursus ini juga mendidik orang ramai tentang tanggungjawab terhadap penyediaan makanan halal khususnya untuk perniagaan industri makanan termasuklah jualan gerai, restoran, produk frozen dan penjualan makanan di atas talian.

Turut hadir merasmikan program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim dan juga Ahli Majlis Bandaraya Seremban Tuan Abdul Malek Adam yang meluangkan masa bersama peserta sepanjang program.

Respon dari peserta di akhir program menunjukkan terdapat banyak perkara baharu yang dipelajari dan diakui kursus halal ini meningkatkan pengetahuan dalam penyediaan makanan yang bukan sahaja halal tetapi bersih dan lebih selamat dari penyakit berkaitan pemakanan.

Segulung sijil dikeluarkan oleh Pihak Malaysia International Halal Academy (MIHA) di bawah kelolaan JAKIM diserahkan kepada setiap peserta. Sijil ini juga meningkatkan keyakinan pelanggan dan pengguna bagi setiap peserta.

InshaAllah Kursus Halal ini akan diteruskan lagi di beberapa DUN di dalam Negeri Sembilan antaranya ialah Dun Sikamat pada 11 September, Dun Ampangan dan Dun Nilai dalam masa terdekat.

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?