Success Stories: Dulu hanya kecil kecilan, sekarang dah miliki sijil Halal

Puan Rohana Mohd Isa merupakan seorang guru memasak mula berjinak jinak dalam pembuatan pes makanan beberapa tahun lepas. Namun siapa sangka berkat usahanya yang bersungguh sungguh menjalankan perniagaan ini, produk beliau kini semakin dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi.

Puan Rohana menjalankan perniagaan dengan dibantu oleh anaknya, Encik Farhan. Beliau juga mendapatkan sokongan daripada pihak MARA dan Risda untuk mengembangkan lagi perniagaannya sehingga kini.

Produk ‘Cikgu Ana’ kini boleh didapati di 14 buah Petronas di sekitar Melaka, juga dihantar ke kedai-kedai dan pasaraya serta mempunyai beberapa orang ejen. Produk ini juga dijual secara atas talian di platform media sosial.

 

Usaha Puan Rohana tidak habis disitu, Puan Rohana dan anaknya berusaha untuk mendapatkan sijil halal JAKIM. Alhamdulillah berkat usaha mereka, kini produk beliau mempunyai sijil Halal dengan bimbingan konsultansi dari pihak Humaira Global. Dengan adanya sijil ini, pelanggan akan lebih yakin dan percaya dengan kebersihan dan kualiti produk. Produk ‘Cikgu Ana’ juga boleh menembusi pasaran yang lebih jauh.

 

 

Semoga R.M.I Industries semakin berkembang maju pada masa hadapan.

 

 

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?