External Halal Audit di Luzi (Malaysia) Sdn Bhd

Rabu, 14 Disember 2022 – Auditor daripada syarikat Humaira Global Management telah dijemput oleh pihak pengurusan Halal syarikat Luzi Malaysia Sdn Bhd untuk menjalankan External Halal Audit.

Luzi (Malaysia) Sdn Bhd berlokasi di Kulai, Johor adalah sebuah syarikat pembuatan fragrance compound bagi produk seperti pewangi, kosmetik, wangian rumah dan lain-lain.

External Halal Audit ini diketuai oleh Puan Mahellah selaku wakil auditor Halal dan juga Puan Aishah Abdullah bagi pihak Humaira Global. 

Tujuan External Halal Audit ini dijalankan adalah untuk membantu pihak pengurusan Halal menilai tahap keberkesanan Sistem Jaminan Halal  yang telah dipraktikan oleh syarikat Luzi (Malaysia) Sdn Bhd.

Kriteria bagi External Halal Audit ini adalah Manual Prosedure Pensijilan Halal MPPHM 2020,  Sistem Jaminan Halal HAS serta Halal Malaysia Standard (MS), audit lapangan serta semakan dokumen Halal yang berkaitan.

Kerjasama yang sangat baik yang diberikan oleh mereka lebih memudahkan urusan auditor untuk menjalankan External Halal Audit dengan jayanya. Secara keseluruhan nya, pihak syarikat telah mengamalkan Sistem Jaminan Halal dengan baik sekali. Congratulation Halal team Luzi (Malaysia) !

www.humairaglobal.com

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?