APA LANGKAH YANG PERLU UNTUK MOHON HALAL JAKIM?

 

 

Untuk membuat permohonan halal kepada JAKIM, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu mendaftarkan syarikat anda melalui laman web My e-Halal di pautan http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/index.php
  2. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti lesen perniagaan, ssm, sijil halal setiap bahan-bahan yang digunakan, dan sebagainya. Pastikan semua dokumen adalah lengkap dan sah.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada JAKIM atau JAIN. Anda boleh menghantar borang permohonan My e-Halal dan dokumen-dokumen yang diperlukan  terus ke pejabat JAKIM atau JAIN di negeri anda.
  4. Pihak auditor JAKIM/JAIN akan membuat semakan dokumen kemudian pihak auditor Halal daripada JAKIM/JAIN akan ke premis anda untuk melakukan Halal Audit Lapangan untuk memastikan segala susun atur, inftrastruktur premis dalam keadaan yang baik.  Semakan bahan mentah juga akan dibuat ketikan audit lapangan Halal.
  5. Tunggu pengesahan dan sijil halal dari JAKIM/JAIN. Setelah permohonan anda diproses, JAKIM/JAIN akan menghubungi anda dan memberitahu keputusan permohonan anda.  Semakan status permohonan juga boleh disemak melalui sistem My e-Halal syarikat anda.
  6. Jika permohonan anda disetujui, JAKIM akan mengeluarkan sijil halal yang perlu anda perolehi sebelum boleh mengiklankan produk anda sebagai produk halal.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau ada sebarang pertanyaan mengenai permohonan halal, sila hubungi Konsultan Humaira Global di http://www.humairaglobal.com

Kami sedia membantu anda !

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?