PENGGUNAAN GELATIN DALAM PRODUK GUMMY DAN MARSHMALLOW, HALAL KE?

 

APA ITU GELATIN?

Gelatin merupakan sebuah perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu “gelatus yang bermaksud keras. Gelatin ini bersumberkan bahan mentah semulajadi yakni dalam erti kata lain, tiada gelatin yang dihasilkan daripada proses sintetik atau ubah suai. Pada asasnya, gelatin adalah sejenis protein yang dihasilkan daripada rangkaian kolagen yang diperolehi daripada kulit, tulang atau ligament (tulang rawan) haiwan seperti lembu, kerbau, ikan atau babi melalui proses hidrolisis. Tiada gelatin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Oleh itu, alternative kepada penggunaan gelatin adalah gum tumbuhan seperti carrageenan dan Arabic gum yang mana pada kebiasaannya digunakan dalam industri farmaseutikal bagi penghasilan kapsul dan soft gel.

Bagi kegunaan makanan, gelatin ini boleh didapati sama ada dalam bentuk serbuk mahupun kepingan. Tambahan daripada itu, gelatin merupakan sejenis hidrokoloid (mudah bersatu dengan air) di mana ianya berkemampuan untuk menyerap air sehingga 10 kali ganda daripada beratnya di dalam air. Kewujudan gelatin ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul dalam industri makanan khususnya dalam mempelbagaikan produk. Oleh hal yang demikian, berpandukan ‘Peraturan-Peraturan Makanan 1985’, gelatin dikategorikan sebagai kondisioner makanan – penstabil, pemekat, kanji ubah suai serta agen penggelan (rujuk Jadual Kesebelas, Peraturan 25). Secara mudahnya, kondisioner bermaksud apa-apa bahan yang ditambah pada makanan bagi maksud teknologi untuk mendapatkan makanan yang di hasratkan. 

Terdapat 2 jenis gelatin yang dibezakan melalui cara penghasilan iaitu sama ada menggunakan alkali atau asid.

  1. Gelatin jenis A :
  • Diperoleh dengan cara pengasidan.
  • Majoriti gelatin jenis ini diperoleh daripada kulit babi yang kolagennya masih muda.
  • Gelatin daripada sumber ikan juga dihasilkan daripada proses pengasidan ini.

2)  Gelatin jenis B :

  • Diperoleh dengan cara menggunakan alkali atau air kapur.
  • Sumber untuk memproses gelatin ini adalah daripada lembu, kerbau atau kambing.
  • Gelatin jenis ini juga dikenali sebagai ‘beef bovine’ atau ‘bovine’.
  • Banyak dihasilkan daripada sumber lembu.
  • Gelatin jenis ini lebih sukar untuk dihasilkan kerana menggunakan kolagen yang matang.

ADAKAH GELATIN HALAL UNTUK DIMAKAN?

Gelatin menjadi isu dalam aspek Halal kerana 90% pengeluaran gelatin dalam pasaran dunia adalah tidak dapat dipastikan status Halal. Berdasarkan rajah di bawah, didapati penghasilan gelatin dunia kebanyakannya adalah dari negara bukan Islam.

Penentu status Halal gelatin adalah berdasarkan:

  1. Sumber gelatin
  2. Proses pengeluaran
  3. Status kebersihan secara keseluruhan.

Secara keseluruhannya, berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa gelatin adalah Halal sekiranya sumber haiwan yang digunakan dalam pengeluarannya adalah daripada haiwan yang Halal dimakan dan haiwan tersebut telah melalui proses sembelihan mengikut syariat Islam.

Nak tau info Halal, layari www.humairaglobal.com

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?