Hukum Bahan Pewarna COCHINEAL

Cochineal merupakan sejenis serangga (kumbang betina) yang mana melalui proses-proses tertentu, ianya dapat menghasilkan pewarna merah sekaligus menjadikan zat pewarna yang dihasilkan boleh dimanfaatkan oleh manusia. Di Amerika Syarikat, pewarna carmine ini diklasifikasikan sebagai pewarna yang dikecualikan daripada pensijilan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA). Manakala, di bahagian Eropah pula, pewarna carmine diklasifikasikan sebagai cochineal, asid carminic atau natural red number 4 dan ditetapkan sebagai E-120 dalam senarai aditif yang diluluskan. 

 

Dari sudut penggunaanya, pewarna yang diperolehi daripada cochineal telah menjadi salah satu nadi utama kepada industri makanan seperti daging dan ikan yang telah di sejuk beku, minuman ringan, yogurt, ais-krim, produk tenusu, sirap, inti filling, buah-buahan dalam tin dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ianya turut digunakan dalam industri farmaseutikal dan juga kosmetik. Perkara ini sekaligus telah memperlihatkan bahawa pewarna cochineal terkenal dari aspek penggunaannya dalam pelbagai industri yang wujud. Namun begitu, isu berkaitan kehalalannya telah menjadi sebuah bentuk persoalan kepada masyarakat terutamanya umat Islam. 

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman serta barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan. Melalui keterangan tersebut, diharapkan bahawa masyarakat menjadi lebih yakin dalam menggunakan produk-produk yang mengandungi cochineal.

 

Source: 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?