Ada Lagi Ke yang Gunakan Dawai Kokot pada Makanan?

Hai pembaca semua☺️ Kali ini kita borak mengenai dawai kokot😊 Apa itu Dawai Kokot?😱 Dawai kokot ialah ubat stapler😊

DENGAR SINI PENIAGA BAZAR RAMADAN! 👂🔈

HENTIKAN PENGGUNAAN DAWAI KOKOT PADA BUNGKUSAN MAKANAN.

Dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 ( PPKM) (dibawah subperaturan 36 (1)) pengendali makanan yang menyediakan, membungkus atau menghidangan makanan untuk dijual hendaklah :
📌Memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada segala pencemaran

📌Memastikan pembungkus makanan menyediakan perlindungan yang secukupnya untuk hasil makanan bagi meminimumkan pencemaran & mengelakkan kerosakkan makanan

📌Memastikan bahan pembungkus makanan bukan toksi dan kualiti yang bagus untuk mengelak koyak & bocor ;

📌 Memastikan bahan pembungkus makanan tidak menjejaskan keselamatan & kesesuaian makanan dibawah keadaan penyimpanan dan penggunaan yang ditetapkan

KESAN TERTELAN DAWAI KOKOT🫨
1) Pendatahan gusi dan mungkin mencederalan saluran makanan
2) Bahagian dawai kokot yang terbuka boleh memotong /menyebabkan kecalaran di kawasan tekak meskipun tidak melekat di situ
3) Mungkin terlekat dan memberi impak kepada tisu akibat infeksi/nanah yang terkumpul
4) Berasa sakit ditekak ketika menelan
5) Menyebabkan batyk berterusan & ada kalanya boleh berdarah

AMARAN! AMARAN! AMARAN!
⚠️ Pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan ini dan jika disabitkan dengan suatu kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun

Jadi para pembaca diingatkan anda juga boleh report kepada KKM sekiranya anda terjumpa dawai kokot pada bungkusan makanan😍

#dawaikokot #dawaikokotbahaya #bazarramadan #ramadhankareem #latihanpengendalimakanan #kursuskesedaranhalal #kesedaranhalal #jakim #permohonanhalal #foodlover #foodviral #sijilhalal #halalservices #makananviralhalal

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?