NAMA-NAMA ARAK DAN PROSES YANG TERLIBAT

 

 

 

 

 

Menurut ajaran Islam, mengambil sesuatu yang memabukkan atau dapat menghilangkan kewarasan akal itu adalah dilarang. Salah satu contoh bahan yang memabukkan ialah arak. Arak ialah minuman yang dibuat menggunakan proses fermentasi daripada buah-buahan, sebagai contoh buah anggur yang digunakan di dalam proses pembuatan “Wine”.

Hukum meminum atau menggunakan arak ialah Haram disisi Islam tidak kira di dalam kuantiti yang sedikit walaupun ia tidak memabukkan sama sekali. Oleh itu, penting bagi umat islam untuk lebih memahami istilah-isltilah umum berkaitan dengan minuman beralkohol (Arak) dan bahan makanan yang mengandungi alkohol dalam memastikan kepatuhan terhadap prinsip halal & haram dalam kehidupan seharian.
Berikut ialah beberapa panduan dalam mengenalpasti dengan lebih jelas mengenai istilahistilah arak yang umum dan biasa digunapakai dalam masyarakat masa kini:

1. Wine: “Wine” bukanlah semata terhasil daripada proses penapaian buah anggur, tetapi ia juga dapat dihasilkan daripada buah-buahan yang lain. Namun begitu, pada lazimnya, “Wine” tradisional lebih sering diproses menggunakan buah anggur sebagai bahan utama.

2. Beer/Ale: “Bir” ialah arak yang popular yang kebiasaanya dihasilkan daripada bijibijian seperti barli, gandum dan lain-lain. Di mana menjadikan barli sebagai bahan utama dalam proses penapaian untuk dijadikan “Bir”

3. Wiski: “Whisky” ialah minuman alkohol yang diperolehi hasil penapaian gandum. Selepas melalui proses distilasi dan penuaan, kandungan alkohol dalam “whisky” boleh melebihi hingga 40%. Pelbagai jenis gandum boleh digunakan untuk menghasilkan “whisky”, termasuk barli, jagung, gandum, atau campuran daripada
semua ini.

4. Brandy: “Brandi” ialah dihasilkan daripada penapaian jus atau sari buah anggur atau lebih dikenali dengan hasiil penyulingan “Wine”
5. Cocktail: “Cocktail” ialah istilah antarabangsa yang digunapakai bagi minuman beralkohol. “Cocktail” terhasil dari gabungan minuman beralkohol, sirap, perasa, buah-buahan, dan bahan lain. Anda boleh menjumpai Brandi, Wiski, Vodka, bahkan Rum dalam “Cocktail” ini. Dan jangan lupa, beberapa “Cocktail” juga disajikan dengan campuran jus buah, hiasan jeruk, zaitun, ceri, garam, gula, malah putih telur.

6. Rum: Minuman beralkohol ini dihasilkan melalui fermentasi tebu dan molase. Kadar alkohol yang terkandung di dalam rum berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Light rum biasanya mempunyai kadar alkohol sekitar 40-45 peratus, manakala dark rum boleh mencapai 50-60 peratus.

7. Tuak: Tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

8. Mojito: Minuman klasik Cuba yang dikenali sebagai Mojito dalam Bahasa Inggeris atau (/moʊˈhiːtoʊ/) Bahasa Sepanyol, biasanya mengandungi gabungan lima komponen utama iaitu rum, pemanis (biasanya diperolehi dari jus tebu), jus limau nipis, air berkarbonat, dan daun pudina segar.

9. Spirits: Ianya adalah salah satu istilah umum bagi arak. “spirits” berperisa adalah berasaskan alkohol ketulenan tinggi dan tertakluk kepada pemprosesan selanjutnya untuk memberikan rasa. Kategori ini, termasuklah gin, vodka dan produk yang berkaitan. Kebiasaanya tidak berwarna dan tidak tertakluk kepada proses pematangan, seperti wiski, brendi dan rum. Asas alkohol ini biasanya daripada alkohol neutral (atau dikenali sebagai “ethyl alcohol of agricultural origin”). Kebanyakan “spirits” menggunakan proses penyulingan untuk penghasilan produk “spirits”

10. Liqour: Ianya adalah nama umum kepada minuman beralkohol. Nama lain bagi “liqour” ialah “spirits”. Kebanyakan produk “liqour” ini dibuat dengan menyuling campuran bijirin, buah-buahan atau sayur-sayuran yang ditapai. Ia merangkumi pelbagai gaya, termasuk brandi, gin, wiski, vodka, tequila dan rum

11. Pinacolada: Piña Colada ialah koktel tropika popular yang dibuat dengan rum, krim kelapa dan jus nanas, biasanya dihidangkan dicampur atau digoncang dengan ais. Minuman ini biasanya dihiasi dengan baji nanas dan ceri maraschino. Koktel berasal dari Puerto Rico dantelah menjadi klasik yang sangat digemari. Bahan-bahan utama untuk Piña Colada termasuk krim kelapa, jus nanas, rum (kedua-dua rum putih dan kelapa), dan ais hancur

12.Gin: secara umumnya Gin adalah sejenis arak daripada buah ‘juniper berries’. Gin dibuat dengan alkohol berperisa dengan bahan botani yang sesuai. Bahan utama adalah alkohol neutral berkualiti tinggi, bahan botani seperti juniper, ketumbar dan angelica dan air tulen.’Gin suling’ ialah dibuat dengan menggunakan alkohol neutral dan air dengan kehadiran bahan botani bahan, cairkan produk ini sekali lagi dengan alkohol mengikut citarasa tempatan dan kurangkan dengan air mengikut isipadu pembotolan. Terminologi ‘London gin dry’ ialah gin suling manakala “gin Plymouth” mencerminkan asal geografi. Gin berasal dari Belanda dan dibawa ke England pada akhir abad keenam belas oleh tentera yang pulang dari pertempuran di medan tempur.

13. Bitters : ialah minuman beralkoholol yang mempunyai rasa pahit yang diambil dari herbaherba. Kepahitan juga ialah rasa asas dalam minuman beralkohol (bir, wain, minuman keras, dan wain beras)

14.Nasih, Baa atau b’a, Nasih, Kinomol, Lihing, Bahar: Nama-nama tersebut adalah sinonim atau berkaitan dengan tuak iaitu sejenis minuman alkohol yang melalui proses fermentasi. Tuak penting sebagai bahan utama dalam upacara ritual dan hari besar seperti perayaan tahunan oleh masyarakat Iban, Melanau, Dayak dan seumpamanya. Tuak juga dihasilkan oleh masyarakat Punan, Kayan dan Kenyah di Sarawak tetapi dikenali dengan nama yang berbeza.

15. Tequila: Terdapat dua proses untuk pengekstrakan gula dalam pengeluaran “Tequila” ianya dengan memasak inti blue agave plant dengan menggunakan (Traditional process atau Non cooking process)

16.Margarita: Sejenis “cocktail” yang mengandungi tequila dengan campuran orangeflavoured liqueur dan lime atau lemon juice, selalunya dihidangkan dengan garampada ‘glass rim’. Eksperimen baharu sentiasa mengembangkan pelbagai jenis minuman beralkohol yang wujud dipasaran, dan ianya menyebabkan resepi baharu muncul untuk menerangkan resipi minuman untuk mencampurkannya daripada pelabagai jenis bahan.
Sebagai contoh daripada wain dan cider yang dicipta satu ketika dahulu kepada Mai Tai, pelayan bar dan juga margarita pada zaman moden kini.

Akhir kata, kami juga daripada Humaira Global Management & Services PLT ingin mengingatkan pengguna untuk memberi perhatian serius terhadap perkara ini bagi mengelakkan dari menggunakannya tanpa kita sedari didalam kehidupan seharian kita.

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?