HUKUM MENGGUNAKAN DAN MAKAN SIPUT BABI LATAR BELAKANG SIPUT BABI

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cangkerang yang agak besar, . Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram.

Dalam isu ini terdapat dua perkara iaitu hukum pada memakan siput babi yang dikategorikan sebagai khabaith (menjijikkan) dan hukum menjadikan siput bagi sebagai bahan penghasilan produk kosmetik yang merupakan isu fiqh kontemporari.

HARAM MAKAN SIPUT BABI
Pengharaman siput babi dan cacing ialah kerana keduanya merupakan haiwan yang khabaith mengikut mazhab Syafie dan uruf masyarakat setempat. Tambahan siput babi adalah siput yang hidup didarat dan tiada darah.

HARUS MENGGUNAKAN DAN MENJUAL SIPUT BABI
Penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus kerana manfaat yang diperolehi daripadanya daripada segi perubatan dan kecantikan. Justeru, hukum jual beli siput babi adalah sah kerana manfaat yang terhasil daripadanya. Ianya bertepatan dengan prinsip-prinsip penetapan hukum Islam, dimana salah satu tujuan syari’at hukum Islam adalah untuk mewujudkan kemaslahatan. Jika kerana banyaknya manfaat dalam penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik, maka hal ini diharuskan termasuklah dalam perdaganga

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?