ADA KE PENAPIS AIR YANG TINDAK HALAL?

Secara umumnya, pasaran penapis air di Malaysia telah terbahagi kepada dua kategori iaitu penapis air luar (outdoor filter) dan penapis air dalam rumah (dispenser).

Dalam kedua-dua produk tersebut, telah di dapati bahawa tulang haiwan seperti lembu dan babi dijadikan sebagai bahan mentah yang bertujuan untuk menghasilkan karbon aktif (menapis kotoran – pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya) dan bio-seramik (membekalkan kalsium pada air).

Walaupun tulang haiwan bukanlah sebuah media terbaik sebagai penyerap kotoran dan bau pada air, namun ianya telah menjadi pilihan utama pihak industri oleh kerana sumbernya yang mudah untuk diperolehi berserta harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan sumber lain seperti cengkerang laut, sisik ikan tilapia dan tempurung kelapa. Perkara ini sekaligus telah mendorong kepada perbezaan harga yang ketara di antara produk-produk tersebut.  Oleh yang demikian, tulang haiwan lebih banyak digunakan dalam produk penapis air. 

 

Namun, perkara ini telah menimbulkan kebimbangan apabila didapati bahawa kebanyakan bahan penapis air di Malaysia telah diimport dari negara China. Hal ini kerana, negara China terkenal sebagai sebuah industri peternakan babi terbesar di dunia. 

Dalam pada itu, sekiranya haiwan yang digunakan adalah haiwan yang halal, proses penyembelihan tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ianya mengikut ketetapan Islam ataupun tidak. Justeru itu, terdapat kebarangkalian besar tulang haiwan yang digunakan adalah bersumberkan sumber yang syubhah atau haram.

 

PENENTUAN HUKUM

 

Penentuan hukum bagi isu produk penapis air telah membabitkan aplikasi ‘istihalah’, memandangkan tulang yang digunakan dalam produk tersebut bukan lagi dalam bentuk asal, sebaliknya telah berubah kepada bentuk arang dan bio seramik melalui proses pembakaran pada suhu yang tinggi. Oleh yang demikian, berdasarkan mazhab syafi’i, produk penapis air bersumberkan tulang babi dan haiwan halal yang tidak disembelih mengikut syariat Islam adalah haram kerana didapati bahawa kaedah istihalah tidak berlaku secara sempurna. 

 

Memandangkan sistem penapis air ini telah digunakan secara berskala besar bagi tujuan industri dan rumah, oleh yang demikian, para pengguna khususnya umat Islam perlulah lebih berhati-hati dalam memastikan produk yang digunakan adalah patuh syariah. Para pengguna disarankan untuk merujuk terlebih dahulu dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Disamping itu, para pengguna juga digalakkan untuk melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. atau membuat semakan melalui aplikasi Verify Halal bagi mengetahui dengan lebih lanjut barang gunaan yang sudah dipersijilkan halal.

 

Diharapkan, melalui pembacaan ini, pengguna menjadi lebih peka terhadap barang gunaan yang digunakan oleh mereka. 

maklumat lanjut tentang pensijilan Halal, boleh layari lawan web kami www.humairaglobal.com

 

 

Source:

  1. Research Gate : https://www.researchgate.net/publication/318337498_PENGGUNAAN_TULANG_HAIWAN_DALAM_PRODUK_PENAPIS_AIR_KAJIAN_DI_HIJRAH_WATER_SDN_BHD
  2. Harian Metro :

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/532140/120-penapis-tak-halal-metrotv#:~:text=SEKURANG%2DKURANGNYA%20120%20jenama%20penapis,karbon%20aktif%20bagi%20menapis%20kotoran.

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?