TELUR PENYU BOLEH MAKAN KE?

Penyu adalah reptilia daripada keluarga Chelonioidea yang terdiri daripada tujuh spesies yang berbeza, termasuk Penyu hijau, Penyu tempayan, dan lain-lain. Seperti haiwan reptilia lain, penyu mempunyai kulit bersisik, bernafas menggunakan paru-paru, dan biasanya bertelur di persisiran pantai.

Pada masa kini, kita seringkali mendengar tentang berita penjualan telur penyu yang berlaku secara berleluasa sehingga telah dikeluarkan akta bagi membendungnya. Sesetengah dari mereka, membeli telur penyu adalah dengan tujuan untuk dibuat makan. Namun persoalannya, adakah telur penyu itu sebenarnya halal untuk dimakan atau tidak?

Terlebih dahulu, ulama mazhab Syafi‘i berpendapat bahawa penyu termasuk dalam haiwan yang diharamkan untuk dimakan oleh orang islam. Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Khatib al-Syirbini bahawa haram memakan penyu kerana ia haiwan yang dianggap jijik dan kotor.

Manakala bagi telur penyu pula, Imam al-Nawawi menyatakan secara umum bahawa, telur yang berasal dari haiwan yang halal untuk dimakan dagingnya dianggap suci menurut ijmak. Bagi telur yang berasal dari haiwan yang tidak halal untuk dimakan dagingnya, terdapat perbezaan pendapat. Namun, pendapat yang kuat mengatakan bahawa telur tersebut tetap dianggap suci dan halal dimakan.

Al-Qalyubi pula menyatakan bahawa semua jenis telur, walaupun berasal dari haiwan yang tidak halal dimakan dagingnya dan telah berubah menjadi darah juga masih boleh menetas jika dieramkan, telur tersebut adalah suci. Walau bagaimanapun, kita diharamkan untuk memakan telur yang berpotensi merosakkan atau memberi mudarat kepada tubuh badan seperti telur ular. Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa semua jenis telur adalah halal dan harus untuk dimakan kecuali telur ular. Ini, termasuklah telur penyu, melainkan terdapatnya dalil yang menyatakan sebaliknya seperti ia memberi mudarat kepada pemakannya dan seumpamanya. Maka ia menepati kaedah fiqh:

“Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang
menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” Akan tetapi, bermula 1 Jun 2022 Negeri Terengganu telah menyatakan pengharaman sepenuhnya penjualan telur penyu dan tuntung laut di negeri tersebut bagi memulihara haiwan reptilia marin yang semakin pupus itu. Undang-undang baharu itu akan dikuatkuasakan susulan pindaan Enakmen Penyu 1951 telah diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14.

Tambahan pula, pindaan enakmen baharu ini turut mengetatkan hukuman kepada mereka yang mengganggu atau membunuh penyu iaitu denda antara RM50,000 hingga RM200,000 serta penjara selama setahun

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?