ADAKAH SEMUA ALKOHOL HARAM??

Alkohol adalah elemen kimia organik yang terdiri dari atom karbon, hidrogen, dan oksigen. Di dalam industri dan kehidupan sehari-hari, istilah “alkohol” seringkali merujuk pada Etanol, yang umumnya dijumpai di dalam arak. 

Arak atau minuman keras mengandungi konsentrasi alkohol yang tinggi dan dikonsumsi sebagai minuman untuk memabukkan. Namun begitu, di dalam Islam penggunaan arak atau minuman keras dianggap Haram dan dilarang bagi orang Muslim. 

Walaupun arak mengandungi alkohol, tetapi itu tidak bermakna semua alkohol yang berada di dalam pasaran adalah haram. Hanya alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak adalah haram dan najis manakala selain daripada itu adalah diharuskan dan tidak najis. Contohnya, alkohol yang digunakan di dalam industri seperti produk minyak wangi dan ubat-ubatan selagi ia bukanlah alkohol yang diekstrak daripada proses pembuatan arak.

Syarat-syarat kegunaan alkohol di dalam Industri oleh JAKIM: 

  • Minuman Ringan

Minuman ringan adalah minuman yang tidak beralkohol yang mempunyai pelbagai perisa yang biasanya mengandungi karbon dioksida, pemanis buatan dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah pengilang meletakkan alkohol ke dalam minuman ringan bagi menambahkan sedikit rasa kepada para konsumer. Oleh itu, pengilang harus memastikan minuman ringan yang dihasilkan tersebut:

  1. Tidak dibuat dengan niat dan proses yang sama seperti pembuatan arak
  2. Kadar alkohol adalah dibawa aras 1% v/v (1 ml) 

bagi memastikan ia Harus (boleh) diminum oleh Muslim. 

  • Stabilizer

Stabilizer adalah sejenis proses yang digunakan untuk menjaga kualiti makanan dalam jangka waktu tertentu. Sekiranya alkohol digunakan di dalam stabilizer, pihak pengilang mestilah memastikan, 

  1. Alkohol tersebut tidaklah dihasilkan dari proses pembuatan arak
  2. Kadar alkohol tidak melebihi 0.5% 
  3. Alkohol itu tidaklah memabukkan

bagi produk makanan dan minuman yang dihasilkan boleh dikonsumsi oleh Muslim. 

Sumber:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?