Apa itu ALAHAN MAKANAN?

Adakah anda sering kali mengalami alahan selepas makan? 

Bengkak atau gatal-gatal di bahagian muka?  

Ruam pada kulit yang gatal
Bengkak di bahagian muka

Sekiranya gejala di atas berlaku kepada anda, ini bermaksud yang anda mempunyai alahan pemakanan terhadap makanan yang diambil. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan alahan pemakanan?  

Istilah “Alahan Pemakanan” atau lebih dikenali secara umum sebagai “alergi makanan” adalah merupakan reaksi alergi atau kesan tindak balas yang terjadi kepada seseorang setelah mengkonsumsi makanan tertentu. Alahan pemakanan ini terjadi ketika sistem imunisasi tubuh seseorang memberikan tindak balas secara berlebihan terhadap protein tertentu yang ada dalam makanan.

Ketika seseorang yang mempunyai alahan pemakanan memakan makanan yang mengandungi alergen, iaitu makanan yang boleh mencetuskan atau membawa kepada alahan. Hal ini akan menyebabkan sistem badan mereka merembeskan Histamin sebagai respon terhadap alergen yang dimakan dalam beberapa minit atau tidak lebih dari 2 jam. Alahan ini boleh terjadi apabila anda, memakan makanan seperti telur, kekacang, makanan laut dan sebagainya yang menyebabkan reaksi pada tubuh badan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit (Urticaria), bengkak di bahagian muka (Angioedema), sesak nafas, mual, muntah, dan cirit-birit.

Namun begitu, perkara ini dapat dielakkan sekiranya anda mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat doktor mengenai dengan alahan pemakanan yang dialami. Pihak kesihatan akan melakukan ujian dan soal jawab untuk menentukan alergen makanan yang lebih tepat. Oleh yang demikian, seseorang yang telah mengetahui memiliki alahan terhadap sesuatu alergen, adalah sangat penting bagi mereka untuk menghindari alergen tersebut di dalam makanan dengan:

  1. Sentiasa waspada dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan sesuatu makanan.
  1. Membaca label makanan dengan teliti sebelum membeli.
  1. Kenal pasti tanda-tanda dan gejala alahan pemakanan serta pengurusan awal sekiranya reaksi alahan berlarutan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan alahan pemakanan, sila layari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia – MyHealth  

 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?