BELANGKAS BOLEH DIMAKAN KE?

Belangkas ialah haiwan laut yang berukuran besar dengan cangkerang seperti huf kuda, ia termasuk dalam
keluarga Limulidae dalam order Xiphosura dan dipanggil juga sebagai ketam raja. Akan tetapi, ia berbeza
dengan ketam raja merah yang dikenali secara komersial. Belangkas adalah satu-satunya haiwan dalam
kumpulan besar yang masih wujud sejak berjuta-juta tahun lalu.

Seperti yang kita ketahui, isi dan telur belangkas dikatakan manis berlemak dan membuatkan ia sebagai
salah satu hidangan eksotik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan ‘food hunter’ di seluruh negara.

Namun,adakahsebenarnyakitasebagaiorang islam dibolehkan untuk memakan belangkas?

Menurut ulama mazhab Syafi’e, mereka berpendapat bahawa haiwan dua alam yang boleh hidup di darat atau
laut adalah haram dimakan.Namun, ia terkecuali jika ia hidup di laut dan tidak boleh hidup atau bertahan lama di
darat sama sekali. Tambahan pula, belangkas ialah sejenis haiwanlautyang tidakdapatbertahanlamadidarat.

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kali Ke-93 pada 21 Februari 2011 juga memutuskan bahawa memakan daging, isi, dan telur belangkas adalah diharuskan. Hujah ini dikuatkan lagi dengan, tiada nas yang jelas mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah haiwan laut yang tidak dapat hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Humaira Global Management & Services and while we endeavour to keep the content as up to date and accurate as possible, we make no warranties of any kind about the completeness or reliability of the information provided. When you visit or interact with our website, services, applications, tools, or messaging platforms, we and our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies to store information — helping to provide you with a better, faster, and safer browsing experience, including for analytical and advertising purposes.
    © 2022-2025 Humaira Global PLT . All rights reserved.