PERBEZAAN ANTARA SERTU VS SAMAK

1. SERTU
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

Bersertu adalah cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat (al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja (69).

Hal ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah (Riwayat Muslim (279).

2. SAMAK
Samak diambil daripada perkataan bahasa Arab, الدبغ yang bermaksud, kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang, dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya (Matla’ al-Badrain (25).

Kesimpulan, kekeliruan yang berlaku akan menyebabkan kesalahan kepada kita semua. Sekarang anda sudah dapat bezakan. Jangan lupa share kepada rakan-rakan. Terima kasih.

Sumber:
[1] http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=samak

[2] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/997-irsyad-al-fatwa-siri-ke-172-persoalan-berkaitan-samak?highlight=WyJzYW1hayIsInNlcnR1Il0=

[3] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2365-irsyad-al-fatwa-siri-ke-221-hukum-sertu-menggunakan-sabun-taharah?highlight=WyJzYW1hayIsInNlcnR1Il0=

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?