Logo halal merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, namun adakah anda dapat membezakan yang mana logo yang benar atau palsu?
Ciri-ciri logo halal yang diiktiraf adalah seperti dibawah;
Logo yang diiktiraf ini mestilah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan pengetahuan ini, memudahkan anda untuk mencari, menilai dan membeli barang atau produk yang halal tanpa ragu-ragu.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat dan menyemak status kesahihan logo Halal atau juga membuat laporan, anda boleh menyemak di Halal Malaysia Portal https://www.halal.gov.my/v4/