Sabtu, 10 Disember 2022 – Program Pengurusan Asas Halal kepada para usahawan di sekitar Melaka. Program yang telah diadakan di MISDEC ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Melaka.
Tujuan program Kursus Pengurusan Asas Halal ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para usahawan tentang konsep Halal dan Haram dalam penyediaan makanan. Penceramah bagi kursus asas Halal ini adalah Puan Aishah Abdullah daripada Humaira Global Management.
Selain itu, para usahawan di dedahkan dengan ramuan krital Halal yang banyak terdapat dalam produk bahan ramuan masakan. Oleh itu, penting bagi para peniaga untuk utamakan produk bahan ramuan yang mempunyai pengiktirafan Halal yang sah bagi memastikan makanan yang dijual kepada pelanggan adalah makanan yang Halal dan Toyyib.
http://www.humairaglobal.com
#kursusasashalal #halalawarenesstraining #pensijilanhalaljakim